Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Portal v2HomeSearchLatest imagesMemberlistRegisterLog in

 

 Ujian pertama Big Bang berjaya

Go down 
3 posters
AuthorMessage
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah
Mr. Admin


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 37
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

Ujian pertama Big Bang berjaya Empty
PostSubject: Ujian pertama Big Bang berjaya   Ujian pertama Big Bang berjaya Icon_minitimeThu Sep 11, 2008 8:49 pm

Ujian pertama Big Bang berjaya Du_10_10
SEKUMPULAN saintis melihat skrin yang menunjukkan mesin pemecut jirim
gergasi dihidupkan di pusat kawalan di Geneva semalam.



GENEVA- Berita baik setakat ini, dunia masih belum kiamat walaupun sekumpulan saintis semalam melakukan ujian pertama Letupan Besar atau dikenali sebagai Big Bang yang menyebabkan terbentuknya alam semesta seperti Bumi.

Saintis-saintis itu bersorak kegembiraan di sebuah bilik kawalan Pertubuhan Untuk Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN) di Geneza, Switzerland selepas satu pancaran partikel proton berjaya dilakukan dalam terowong sepanjang 27.36 kilometer di sempadan Perancis-Switzerland.

Sebelum ini terdapat kebimbangan di kalangan beberapa pihak bahawa ujian terbesar dalam sejarah fizik itu akan mewujudkan lohong gelap gergasi sekali gus menelan Bumi. Bagaimanapun, ujian pertama itu hanya melibatkan tembakan pancaran cahaya partikel proton bersaiz sehelai rambut manusia.

Ujian di bawah tanah yang lebih besar akan tetap dilakukan selepas ujian kecil itu.

"Lima, empat, tiga, dua, satu, tiada apa-apa berlaku," kata ketua ujian itu, Dr. Lyndon Evans dengan nada berseloroh ketika mesin pemecut jirim terbesar di dunia iaitu Large Hadron Collider dihidupkan.

Beliau menyatakan demikian sejurus satu kerlipan muncul di skrin komputer yang memberi petunjuk bahawa mesin tersebut berjaya dihidupkan. Usaha bertahun-tahun para saintis selama ini akhirnya membuahkan hasil.

Ujian pertama Big Bang berjaya Du_10_11
GAMBAR ini menunjukkan Profesor Peter Higgs berada dalam terowong yang
menempatkan mesin pemecut jirim di sempadan Perancis-Switzerland pada 5 April lalu.


Ujian pertama dengan menggunakan mesin bernilai AS$3.8 bilion (RM13.1 bilion) itu dilakukan pada pukul 9.32 pagi waktu tempatan (3.32 petang waktu Malaysia).

Mesin itu dibina sejak 2003 dan ditempatkan di dalam sebuah terowong 100 meter di bawah tanah. Ujian yang dilakukan oleh CERN itu ditunggu-tunggu oleh 9,000 ahli fizik di seluruh dunia.

Projek itu menarik penyertaan sejumlah penyelidik daripada 80 buah negara di seluruh dunia.

Seramai 1,200 penyelidik dari Amerika Syarikat (AS) turut menyertai ujian itu di mana negara tersebut menyumbang wang sebanyak AS$531 juta (RM1.8 bilion).

Jepun juga turut menjadi penyumbang utama dalam projek itu. Ujian itu juga mendapat sokongan ahli fizik terkenal dari Britain, Profesor Stephen Hawking yang kini lumpuh kerana menghidap penyakit saraf.

Ketua Jurucakap CERN, James Gillies berkata: "Kita memulakan ujian dalam kuantiti yang kecil."

"Kami memulakan ujian dengan satu cahaya berpadu yang berkuasa rendah.

"Kami memperoleh pengalaman dengan kuasa rendah dan kemudian kami akan meningkatkannya selepas mengetahui kemampuan mesin itu," jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, perkara paling berbahaya yang boleh terjadi adalah jika satu pancaran pada kuasa maksimum gagal dikawal. Beliau berkata, jika keadaan itu berlaku, mesin pemecut itu boleh rosak atau runtuh ke dalam terowong.

Projek itu dimulakan sejak 30 tahun lalu tetapi mengalami beberapa halangan termasuk masalah kos tinggi. Mesin itu direka untuk menghentam dua proton iaitu partikel yang terkandung dalam satu-satu atom pada kelajuan hampir menyamai pergerakan cahaya iaitu 300,000 kilometer sesaat.

Ujian pertama Big Bang berjaya Du_10_12
BULATAN dalam gambar ini menunjukkan lokasi terowong eksperimen
Letupan Besar atau Big Bang dilakukan di sempadan Perancis-Switzerland semalam.


Matlamat utamanya ialah mengulangi kejadian Big Bang.

Istilah Big Bang, dicipta oleh seorang saintis Britain, Fred Hoyle pada tahun 1949, merujuk kepada alam semesta yang pada asalnya bercantum padu, kemudian berlaku satu letupan yang kuat kira-kira 13 bilion tahun dahulu.

Hasil daripada letupan itu, angkasa lepas, galaksi dan matahari wujud. - Agensi
Back to top Go down
https://ipgm-community.forumms.net
paan1904
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
paan1904


Female Post : 2527
Birthday : 19/04/1987
Age : 37
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE
Batch : JANUARY 2007
Registered : 15/06/2008

Ujian pertama Big Bang berjaya Empty
PostSubject: Re: Ujian pertama Big Bang berjaya   Ujian pertama Big Bang berjaya Icon_minitimeWed Jan 28, 2009 10:27 pm

hmm~sem 5 ni kena blaja psl earth n space...tp aku stil xbce lg mklumat pasal big bang ni...~hoho~selamatkan daku dari keserabutan yg melampau ni..~
Back to top Go down
http://www.friendster.com/paan1904
misskobis
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM
misskobis


Female Post : 545
Birthday : 01/11/1986
Age : 37
IPGM : IPDA
Course : PISMP- IPGM (Science)
Batch : Januari 2007
Registered : 13/06/2008

Ujian pertama Big Bang berjaya Empty
PostSubject: Re: Ujian pertama Big Bang berjaya   Ujian pertama Big Bang berjaya Icon_minitimeThu Feb 05, 2009 3:07 pm

sem ni kte jd astronomer Cool

best gak blaja earth n space nih..ye arr,klu x de subjek nih,agaknye kte xkn bce n kaji kot kejadian universe nih,huhu...lpas dh blaja ni,boleh kate SUBHANALLAH..hebat gle kejadian universe...
Back to top Go down
paan1904
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
paan1904


Female Post : 2527
Birthday : 19/04/1987
Age : 37
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE
Batch : JANUARY 2007
Registered : 15/06/2008

Ujian pertama Big Bang berjaya Empty
PostSubject: Re: Ujian pertama Big Bang berjaya   Ujian pertama Big Bang berjaya Icon_minitimeFri Feb 06, 2009 10:17 pm

bgusnye misskobis..
nk jd rjin cm misskobis gak la...
berusahalah paan!!
Back to top Go down
http://www.friendster.com/paan1904
misskobis
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM
misskobis


Female Post : 545
Birthday : 01/11/1986
Age : 37
IPGM : IPDA
Course : PISMP- IPGM (Science)
Batch : Januari 2007
Registered : 13/06/2008

Ujian pertama Big Bang berjaya Empty
PostSubject: Re: Ujian pertama Big Bang berjaya   Ujian pertama Big Bang berjaya Icon_minitimeSat Feb 07, 2009 12:28 am

yeah...gambate..huhu
Back to top Go down
paan1904
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
paan1904


Female Post : 2527
Birthday : 19/04/1987
Age : 37
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE
Batch : JANUARY 2007
Registered : 15/06/2008

Ujian pertama Big Bang berjaya Empty
PostSubject: Re: Ujian pertama Big Bang berjaya   Ujian pertama Big Bang berjaya Icon_minitimeSun Feb 08, 2009 10:25 pm

heheheee~bersama-samalah kita semua menjadi astonomer amatur sem ni..huahuahua.. Razz
Back to top Go down
http://www.friendster.com/paan1904
Sponsored content





Ujian pertama Big Bang berjaya Empty
PostSubject: Re: Ujian pertama Big Bang berjaya   Ujian pertama Big Bang berjaya Icon_minitime

Back to top Go down
 
Ujian pertama Big Bang berjaya
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Abang...Sakitnya Bang

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Isu Semasa Dalam dan Luar Negara-
Jump to: