Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Portal v2HomeSearchLatest imagesMemberlistRegisterLog in

 

 Hikmah Sembelihan

Go down 
4 posters
AuthorMessage
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
kudabesi87


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 37
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

Hikmah Sembelihan Empty
PostSubject: Hikmah Sembelihan   Hikmah Sembelihan Icon_minitimeSun Jun 29, 2008 12:44 am

Hikmah Sembelihan

Umat Islam telah diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk memakan makanan yang baik. Antara ciri-ciri makanan yang baik ialah makanan yang baik ialah makanan yang berasaskan haiwan yang disembelih dengan nama Allah S.W.T ini bersesuaian dengan firman-Nya:

“Dan janganlah kamu makan dari apa-apa yang tidak disebut nama Allah atasnya, kerana ia suatu kedurhakaan."
(Surah Al-Anam : 121)


Islam telah menetapkan bahawa terdapat haiwan tertentu yang perlu disembelih. Sembelihan ialah proses menghilangkan nyawa haiwan yang halal dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih dengan menggunakan alat tajam dengan niat kerana Allah S.W.T. Terdapat pihak yang menentang sembelihan ini sebagai amalan kejam dan menyeksa haiwan. Sembelihan mengikut Islam menghormati haiwan yang disembelih, sebagai contoh makruh jika penyembelih menampakkan pisau atau alat sembelihan dihadapan haiwan yang akan disembelih. Penyembelih juga tidak boleh menggunakan alat yang berasal daripada gigi, kuku atau tulang sebagai alat sembelihan. Alat sembelihan juga seharusnya tajam agar proses penyembelihan itu lancar dan mengurangkan kesakitan haiwan yang disembelih.

Terdapat hikmah disebalik perintah Allah ini, saintis Barat telah membuat penyelidikan dan mendapati daging yang telah disembelih mengikut Islam lebih segar dan selamat dimakan berbanding dengan cara lain seperti yang digunakan oleh Barat. Mengikut laporan Berita Harian, (9 Januari 2006) Prof. Wilhelm Schulze dan Dr.Hazim dari Universiti Hannover, Jerman berpendapat bahawa penyembelihan mengikut Islam lebih berperikemanuasiaan. Ini kerana, mengikut kajian mereka haiwan lebih terseksa jika dibunuh dan tidak disembelih mengikut Islam. Selain itu, jantung haiwan yang disembelih mengikut Islam juga terus mengepam darah keluar dari badan haiwan berbanding haiwan yang dibunuh. Ini dapat mengeluarkan kotoran daripada daging haiwan.

Selain daripada diatas, kaedah penyembelihan juga boleh menggelakkan daripada saraf tunjang haiwan dan tisu otak haiwan rosak. Ini boleh menyebabkan bakteria membiak disitu dan seterusnya merebak ke seluruh bahagian daging dan boleh menyebabkan penyakit. Daging yang disembelih mengikut Islam juga lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih. Ini membuktikan bahawa kaedah penyembelihan Islam dapat menyediakan daging yang segar, bersih dan bermutu. Memakan daging yang tidak disembelih mengikut Imam Al-Ghazali akan menyuburkan sifat-sifat buruk atau mazmummah dalam diri seseorang contohnya takbur dan riak. Selain daripada sudut kesihatan, penyembelihan juga merupakan satu penghormatan terhadap haiwan yang merupakan ciptaan Allah. Juga, penyembelihan dapat membezakan daging yang halal dimakan oleh orang Islam dan orang bukan Islam. Ia juga menunjukkan perbezaan dalam persoalan mematikan haiwan antara umat Islam dan bukan umat Islam.

Sebagai kesimpulan, penyembelihan ini mempunyai banyak hikmah dan manafaat terhadap manusia dan haiwan. Kita seharusnya yakin dengan bahawa penyembelihan merupakan cara terbaik untuk mematikan haiwan dan kita tidak harus ragu kerana ia tidak zalim dan merupakan perintah Allah yang perlu kita patuh.

penulis mohd nor fadzli
Back to top Go down
http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
kudabesi87


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 37
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

Hikmah Sembelihan Empty
PostSubject: Re: Hikmah Sembelihan   Hikmah Sembelihan Icon_minitimeSun Jun 29, 2008 1:12 am

baca la..

menjawab keraguan kalau ada..
Back to top Go down
http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
Putra_Aiman
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM
Putra_Aiman


Male Post : 634
Birthday : 24/05/1988
Age : 35
IPGM : IP Tuanku Bainun
Course : Pengajian Melayu
Batch : 2008
Registered : 21/06/2008

Hikmah Sembelihan Empty
PostSubject: Re: Hikmah Sembelihan   Hikmah Sembelihan Icon_minitimeSun Jun 29, 2008 2:54 am

kalau pakai kaedah tembak otak lembu rugi laa...otak lembu sgt sedap buat masak lemak..
Back to top Go down
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
kudabesi87


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 37
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

Hikmah Sembelihan Empty
PostSubject: Re: Hikmah Sembelihan   Hikmah Sembelihan Icon_minitimeSun Jun 29, 2008 3:09 am

ko penah makan?

tinggi kolestrol wo Gelak:
Back to top Go down
http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
Putra_Aiman
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM
Putra_Aiman


Male Post : 634
Birthday : 24/05/1988
Age : 35
IPGM : IP Tuanku Bainun
Course : Pengajian Melayu
Batch : 2008
Registered : 21/06/2008

Hikmah Sembelihan Empty
PostSubject: Re: Hikmah Sembelihan   Hikmah Sembelihan Icon_minitimeSun Jun 29, 2008 3:13 am

peberet pamili aku weih...

siyes x tipu...sedap..

kera pa kolestrol ka castrol kaa...

janji sedap...
Back to top Go down
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
kudabesi87


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 37
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

Hikmah Sembelihan Empty
PostSubject: Re: Hikmah Sembelihan   Hikmah Sembelihan Icon_minitimeSun Jun 29, 2008 2:20 pm

Gelak: aku tak penah try tp mmg mak aku reti la masak otak lembu ni..

mak aku cook kat skolah dulu
Back to top Go down
http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
sapix
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
sapix


Male Post : 203
Birthday : 17/08/1986
Age : 37
IPGM : IPBA
Course : KS/BI
Batch : Julai 2005
Registered : 29/06/2008

Hikmah Sembelihan Empty
PostSubject: Re: Hikmah Sembelihan   Hikmah Sembelihan Icon_minitimeSun Jun 29, 2008 2:27 pm

kudabesi87 wrote:
Gelak: aku tak penah try tp mmg mak aku reti la masak otak lembu ni..

mak aku cook kat skolah dulu

wei, awal mengepost ari ni..
bangun semata2 nak post ek?
x leh jadi kene lawan ni.
Gelak:
Back to top Go down
http://sangkunang.blogspot.com/
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
kudabesi87


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 37
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

Hikmah Sembelihan Empty
PostSubject: Re: Hikmah Sembelihan   Hikmah Sembelihan Icon_minitimeSun Jun 29, 2008 2:38 pm

wakaka

malas weh nak lawan2..

tak larat aku..

ko lain la..

lol! makan time!!!
Back to top Go down
http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
kayhebat
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM
kayhebat


Male Post : 779
Birthday : 10/11/1987
Age : 36
IPGM : IPPP
Course : PJ Major,English Minor
Batch : Julai 2005
Registered : 09/07/2008

Hikmah Sembelihan Empty
PostSubject: Re: Hikmah Sembelihan   Hikmah Sembelihan Icon_minitimeWed Oct 08, 2008 7:16 pm

barula aku tau
Back to top Go down
http://kayhebat.blogspot.com
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
kudabesi87


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 37
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

Hikmah Sembelihan Empty
PostSubject: Re: Hikmah Sembelihan   Hikmah Sembelihan Icon_minitimeSat Oct 11, 2008 7:37 pm

ni sebenar esemen pendidikan islam aku satu masa dulu..

so nak berkongsi maklumat jer kat sini
Back to top Go down
http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
Sponsored content





Hikmah Sembelihan Empty
PostSubject: Re: Hikmah Sembelihan   Hikmah Sembelihan Icon_minitime

Back to top Go down
 
Hikmah Sembelihan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» HIKMAH PENGHARAMAN ARAK - bukti penemuan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Perbincangan Agama-
Jump to: