Sorry la kalo dah ada. Mod boleh delete kalo dah ada.
Pada suatu malam 3 ekor pontianak sedang bertenggek di atas pokok sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing. Ketiga-tiga mengaku diri mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat, mereka pun Cuba membuktikan kehebatan masing-masing.
Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 15 saat kemudian balik semula ke pokok tersebut. Kelihatan Ada kesan-kesan darah di sekitar gigi Pontianak A.
>>
>> Pontianak A : Kau orang nampak rumah TU?
>> Pontianak B : Nampak!
>> Pontianak C : Nampak!
>> Pontianak A : Satu rumah TU habis aku kerjakan.
>>
Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 10 saat kemudian balik semula ke pokok tersebeut. Kelihatan Ada darah bukan setakat pada gigi, malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.
>>
>> Pontianak B : Kau orang nampak kampung TU?
>> Pontianak A : Nampak!
>> Pontianak C : Nampak!
>> Pontianak B : Habis satu kampung TU aku kerjakan.
>>
Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari Pontianak A Dan B. Dalam masa 5 saat je dia kembali ke pokok tersebut. Kelihatan darah mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut, malah pada keseluruhan muka pontianak tersebut.
>>
>> Pontianak C : Kau orang nampak tembok kat hujung sana TU?
>> Pontianak A : Nampak!
>> Pontianak B : Nampak!
>> Pontianak C : Err... Tadi aku tak nampak...