Hidrogen
Adalah elemen yang paling ringkas dengan nombor atom 1.Terdiri dari satu proton dan satu elektron dan merupakan unsur yang paling banyka didapati dalam alam semesta. Biasanya hidrogen terikat dengan unsur lain seperti nitrogen, carbon, dan oksigen. Pada suhu bilik ia berbentuk gas. Gas hidrogen terbentuk dari ikatan dua unsur hidrogen. Air juga terbentuk dari unsur hidrogen dimana dua unsur hidrogen terikat dengan satu unsur oksigen untuk membentuk molekul air (H2O).
Kerana hidrogen biasanya terikat dengan unsur lain, maka pelbagai kaedah dilakukan untuk memisahkan hidrogen dari unsur lain. Kaedah utama ialah proses elektrolisis dan steam reforming. Proses elektrolisis melibatkan pemisahan air kepada gas hidrogen dan gas oksigen.
Gas hidrogen berpotensi untuk menjadi bahan ganti terhadap penggunaan petroleum. Kajian terhadap penggunaan gas hidrogen dalam kenderaan bermotor masih berterusan terutamanya di Amerika. Kajian-kajian melibatkan penghasilan dan kos serta kecekapan pembakaran. Walaupun sudah tercipta kenderaan yang menggunakan gas hidrogen, namun ia masih lagi diperingkat awal kerana pada masa kini kosnya terlalu tinggi.
Etanol
Di kenali sebagai etil-alcohol. Ia merupakan sejenis alkohol yang terdiri dari karbon, hidrogen dan oksigen. Ia mudah meruap, mudah terbakar dan tidak berwarna. Kompenan etanol ialah C2H5OH. Etanol boleh di perolehi dari tindak balas kimia dari petrokimia. Selain itu etanol juga boleh diperolehi melalui proses penapaian dengan menggunakan yis sebagai agen penapaian. Biasanya etanol ini diperolehi dari jagung, tepu, dan juga beras. Brazil merupakan pengguna etanol utama dunia dalam kenderaan bermotor yang yang mana ia diperolehi dari tebu.
Biodisel
Biodisel merujuk kepada bahan api yang bukan berasaskan petroleum. Biodisel terghasil dari minyak sayur, lemak haiwan, ataupun minyak sawit. Biodisel berbentuk secair dan mempunyai warna-warna yang berbeza bergantung kepada punca ia diperolehi. Biodisel boleh diguna secara terus ataupun dicampur dengan bahan lain.
Biodisel terdiri dari ester dan asid lemak berantai panjang. Kelebihan iala tidak bertoksik dan kurang mencemar alam. Kajian lebih lanjut diperlukan untuk menjadikan kos dan penggunaannya lebih efisien.
Solar
Tenaga solar diperolehi dari cahaya matahari. Cahaya matahari menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga elektrik melalui fotovoltik yang dikenali sebagai proses fotoelektrik.
Tenaga suria bepotensi sebagai bahan ganti kepada petroleum dengan terhasilnya kenderaan yang menggunakan motor elektrik. Penggunaannya masih diperingkat awal dan mungkin akan menjadi realiti dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Ini juga melibatkan bateri sebagai simpanan tenaga elektrik.
Di negara ini tenaga solar berpotensi sebagai tenaga penting kerana Malaysia menerima kadar pancaran matahari yang banyak. Namun tiada usaha untuk mempromosi dan mempergiatkan penggunaan tenaga solar. Struktur bangunan di Malaysia lebih berbentuk feshen untuk kemegahan. Ini sangat merugikan kerana pancaran cahaya ini terbuang begitu sahaja dalam bentuk haba. Oleh itu kerajaan perlu menilai pembangunan sesuatu tempat terutamanya kawasan bandar agar pembangunannya melibatkan penggunaan tenaga solar untuk menjana tenaga elektrik.
Angin
Tenaga angin ini sesuai diguna untuk mereka yang tinggal di pesisiran pantai. Mungkin angin pada satu hari nanti boleh menjadi alternatif untuk mengerakkan kapal dilaut. Yang mana ia mengerakkan turbin kapal ataupun menukarkannya kepada tenaga elektrik. Reka bentuk kapal perlulah bersesuaian agar tidak melibatkan kos yang tinggi.