Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Portal v2HomeSearchLatest imagesMemberlistRegisterLog in

 

 Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain

Go down 
+4
adib
mat tembak
kudabesi87
Mr. Admin
8 posters
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah
Mr. Admin


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 37
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Empty
PostSubject: Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain   Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Icon_minitimeSun Aug 03, 2008 11:02 pm



Secara amnya kita boleh bezakan dengan pantas melalui nama panggilan seperti Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Dato' ataupun Datuk. Kalau hendak mengetahui dengan lebih lanjut dan jelas, sila baca maklumat susunan keutamaan Darjah-Darjah Kebesaran pada fakta-fakta yang strider sisipkan di bawah ini.

DARJAH-DARJAH KEBESARAN BINTANG-BINTANG DAN PINGAT MALAYSIA

DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DIRAJA MALAYSIA (D.K.M.) Darjah kebesaran ini mempunyai satu pangkat sahaja dan bilangan ahli-ahlinya terhad seramai sepuluh orang. Darjah kebesaran ini dikurniakan kepada setiap Baginda Raja yang telah ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong.

DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.) Darjah kebesaran ini juga mempunyai satu pangkat sahaja. Bilangan ahli-ahlinya terhad kepada 30 orang, 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Luar, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.

DARJAH-DARJAH YANG MULIA PANGKUAN NEGARA

SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA (S.M.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Pertama. Darjah kebesaran ini terhad kepada 25 orang, tidak termasuk jumlah warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat. Penyandang Darjah ini membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'.

PANGLIMA MANGKU NEGARA (P.M.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kedua. Darjah kebesaran ini membawa gelaran 'Tan Sri' dan isteri penyandang bergelar 'Puan Sri'. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 75 orang, tidak termasuk warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat.

JOHAN MANGKU NEGARA (J.M.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Ketiga. Jumlah penyandang terhad kepada 1,000 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

KESATRIA MANGKU NEGARA (K.M.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Keempat. Jumlah penyandang tidak terhad

AHLI MANGKU NEGARA (A.M.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kelima. Jumlah penyandang tidak terhad.

PINGAT PANGKUAN NEGARA (P.P.N.) Ia merupakan pingat Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara. Jumlah penyandang tidak terhad.

DARJAH-DARJAH YANG MULIA SETIA MAHKOTA MALAYSIA

SERI SETIA MAHKOTA (S.S.M.) Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Pertama. Anugerah ini membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 25 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.


PANGLIMA SETIA MAHKOTA (P.S.M.) Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Kedua. Anugerah ini membawa gelaran 'Tan Sri' dan isteri penyandang bergelar 'Puan Sri'. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 450 orang, tidak termasuk anugerah kehormat yang dikurniakan kepada warganegara asing.


JOHAN SETIA MAHKOTA (J.S.M.) Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Ketiga. Jumlah anugerah ini terhad kepada 1,200 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

DARJAH YANG MULIA JASA NEGARA

PANGLIMA JASA NEGARA (P.J.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia Jasa Negara Pangkat Pertama. Anugerah ini membawa gelaran 'Datuk' dan isteri penyandang bergelar 'Datin'. Keanggotaan dalam darjah ini terhad kepada 300 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

DARJAH-DARJAH YANG AMAT DIHORMATI SETIA DIRAJA

PANGLIMA SETIA DIRAJA (P.S.D.)
Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Pertama. Jumlah anugerah ini terhad kepada 200 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat. Anugerah ini membawa gelaran 'Datuk' dan isteri penyandang bergelar 'Datin'.


JOHAN SETIA DIRAJA (J.S.D.) Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja pangkat Kedua.


KESATRIA SETIA DIRAJA (K.S.D.) Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Ketiga.


BENTARA SETIA DIRAJA (B.S.D.) Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Keempat.

DARJAH BAKTI

DARJAH BAKTI (D.B.) "Berbakti Untuk Negara". Ianya dikurniakan kepada rakyat Malaysia yang telah masyhur namanya di Malaysia dan juga di kalangan antarabangsa serta telah memberi sumbangan cemerlang dalam kemajuan seni, sains dan kemanusiaan. Anugerah ini adalah dihadkan kepada 10 orang sahaja.

DARJAH-DARJAH GAGAH PERKASA

SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (S.P) Ini merupakan anugerah yang tertinggi sekali dan yang paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Persekutuan. Bintang Kehormat ini dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang telah menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani serta penuh pengorbanan.


PANGLIMA GAGAH BERANI (P.G.B.) Dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa dalam menghadapi musuh.


JASA PERKASA PERSEKUTUAN (J.P.P.) Juga dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa di luar medan peperangan.


PINGAT TENTERA UDARA (P.T.U.) Dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia kerana keperwiraan atau taat setia yang teristimewa ketika menjalankan kewajipan penerbangan dalam masa operasi ataupun tidak.


KEPUJIAN PERUNTUKAN KEBERANIAN (K.P.K.) Dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera dan Pasukan Polis yang telah menunjukkan atau melakukan sesuatu yang dianggap gagah berani tetapi tindakan itu tidaklah sebegitu tinggi untuk membolehkan mereka dikurniakan pingat.

BINTANG DAN PINGAT BAGI PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN KELAKUAN TERPUJI

PINGAT KEBAKTIAN (P.K.) Dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota-anggota pasukan Tentera Sukarela dan Pasukan Perkhidmatan Beruniform.


PINGAT KHIDMAT BERBAKTI (P.K.B.) Dikurniakan kerana khidmat-khidmat am anggota-anggota Angkatan Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform


PINGAT PERKHIDMATAN AM (P.P.A.) Dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota tetap Angkatan Tentera Persekutuan dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform.


PINGAT PERKHIDMATAN SETIA (P.P.S.) Dikurniakan untuk menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota tetap Angkatan Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform.

PINGAT-PINGAT PERINGATAN

PINGAT PERINGATAN MALAYSIA (P.P.M.) Dibuat dalam tiga peringkat, iaitu emas, perak dan gangsa. Pingat ini khusus untuk mereka yang telah banyak memberikan khidmat cemerlang dalam usaha menubuhkan persekutuan Malaysia hingga 31 Ogos 1965.

SUMBER: Buku Cenderamata, Istiadat Mengadap Dan Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang, Dan Pingat-Pingat Malaysia Pada 3 Jun 2000, ISTANA NEGARA, Kuala Lumpur

SUSUNAN KEUTAMAAN BAGI ANUGERAH-ANUGERAH PERSEKUTUAN
1 SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA S.P.
2 DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DIRAJA MALAYSIA D.K.M.
3 DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA D.M.N.
4 SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA S.M.N.
5 SERI SETIA MAHKOTA MALAYSIA S.S.M.
6 DARJAH BAKTI D.B.
7 PANGLIMA MANGKU NEGARA P.M.N
8 PANGLIMA SETIA MAHKOTA P.S.M.
9 PANGLIMA JASA NEGARA P.J.N.
10 PANGLIMA SETIA DIRAJA P.S.D.
11 JOHAN MANGKU NEGARA J.M.N.
12 JOHAN SETIA MAHKOTA J.S.M.
13 JOHAN SETIA DIRAJA J.S.D.
14 KESATRIA MANGKU NEGARA K.M.N.
15 KESATRIA SETIA DIRAJA K.S.D.
16 AHLI MANGKU NEGARA A.M.N.
17 PINGAT PANGKUAN NEGARA P.P.N.
18 BENTARA SETIA DIRAJA B.S.D.
19 PANGLIMA GAGAH BERANI P.G.B.
20 JASA PERKASA PERSEKUTUAN J.P.P.
21 PINGAT TENTERA UDARA P.T.U.
22 PINGAT KEBAKTIAN P.K.
23 PINGAT KHIDMAT BERBAKTI P.K.B.
24 PINGAT PERKHIDMATAN AM P.P.A.
25 KEPUJIAN PERUTUSAN KEBERANIAN K.P.K.
26 PINGAT PERKHIDMATAN SETIA P.P.S.
27 PINGAT PERINGATAN MALAYSIA P.P.M.
28 PINGAT-PINGAT PERTABALAN -

Informasi tambahan:

(1) Suami dapat panggilan 'Datuk', secara automatik orang rumahnya dipanggil 'Datin' (bertuah pompuan ni ya). Kalau orang rumah dapat anugerah 'Datuk', secara automatiknya si suami tadi MASIH bergelar ENCIK sahaja ...

(2) Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka terbuka kepada seluruh warga negara Malaysia yang banyak sumbangan dan jasa kepada kerajaan (terutamanya kepada negeri tanah kelahirannya - kerajaan negeri). Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka boleh dikatakan hanya terbuka kepada orang awam macam kita sahaja dan tidak kepada anak-anak mahupun waris terdekat para Sultan-Sultan kerana Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka ini lebih dianggap sebagai Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat Kelas Dua (ada Kelas Satu juga). (3) Anak-anak mahupun waris terdekat para Sultan-Sultan biasanya dianugerah dengan DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA ( D.M.N.). Darjah kebesaran ini juga mempunyai satu pangkat sahaja. Bilangan ahli-ahlinya terhad kepada 30 orang, 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Luar, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.

Disebabkan gelaran ini adalah anugerah yang tertinggi kalau mengikut senarai susunan keutamaan, kebiasaanya diberikan kepada bekas para hakim ataupun bekas menteri yang TERLALU BANYAK SUMBANGANNYA kepada negara. Anugerah Darjah ini terhad kepada 25 orang sahaja. Orang biasa tak dapek do... ..
Back to top Go down
https://ipgm-community.forumms.net
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
kudabesi87


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 37
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Empty
PostSubject: Re: Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain   Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Icon_minitimeSat Aug 09, 2008 12:10 am

banyak gak senarai pingat ni rupanya...

ni senarai persekutuan kan?

tak kira lagi negeri lagi
Back to top Go down
http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah
Mr. Admin


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 37
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Empty
PostSubject: Re: Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain   Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Icon_minitimeSat Aug 09, 2008 12:15 am

yer kot..hehe...tapi paling bes dpt title TUN..hehe
Back to top Go down
https://ipgm-community.forumms.net
mat tembak
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
mat tembak


Male Post : 383
Birthday : 31/03/1987
Age : 37
IPGM : i3p
Course : mt
Batch : julai05
Registered : 30/06/2008

Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Empty
PostSubject: Re: Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain   Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Icon_minitimeSat Aug 09, 2008 12:17 am

msti...
mmg sgt berkuasa
Back to top Go down
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
kudabesi87


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 37
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Empty
PostSubject: Re: Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain   Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Icon_minitimeSat Aug 09, 2008 12:19 am

aku pernah dengar orang kata sape yg dapat title Tun nih tak bleh didakwa dekat mahkamah..

tp setahu aku, Sultan pun boleh kena dakwa..

sape tau, betul tak menda nih?
Back to top Go down
http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
adib
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM
adib


Male Post : 907
Birthday : 12/10/1987
Age : 36
IPGM : IPPP
Course : PPRPET MATEMATIK
Batch : JULAI 2005
Registered : 25/06/2008

Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Empty
PostSubject: Re: Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain   Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Icon_minitimeSat Aug 09, 2008 12:38 am

haah.. aku pun dgq mcm tu jgk.. bab sultan tu aku sokong.. sbb aku tgk cemey duk kuar masuk mahkamah mcm kuar masuk jamban dah..
Back to top Go down
http://www.adib.ae
mat tembak
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
mat tembak


Male Post : 383
Birthday : 31/03/1987
Age : 37
IPGM : i3p
Course : mt
Batch : julai05
Registered : 30/06/2008

Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Empty
PostSubject: Re: Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain   Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Icon_minitimeSat Aug 09, 2008 12:39 am

jgn dok lam jmban lama2....
nasihat mat tembak..
Back to top Go down
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
kudabesi87


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 37
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Empty
PostSubject: Re: Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain   Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Icon_minitimeSat Aug 09, 2008 12:43 am

member aku slalu gak naik turun mahkamah..

orang naik court kuar duit..bayar denda ke saman ke

dia naik court dapat duit..

pow mak dia keja kat situ Gelak:
Back to top Go down
http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
mat tembak
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
mat tembak


Male Post : 383
Birthday : 31/03/1987
Age : 37
IPGM : i3p
Course : mt
Batch : julai05
Registered : 30/06/2008

Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Empty
PostSubject: Re: Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain   Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Icon_minitimeSat Aug 09, 2008 12:47 am

mak lwyer..
pergh ...kaya...

*mat tembak tokey snjata
Back to top Go down
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
kudabesi87


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 37
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Empty
PostSubject: Re: Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain   Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Icon_minitimeSat Aug 09, 2008 12:53 am

ish..

mak dia keja kat pentadbiran mahkamah tu..

kerani tak pun tinggi sket..
Back to top Go down
http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
mat tembak
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
mat tembak


Male Post : 383
Birthday : 31/03/1987
Age : 37
IPGM : i3p
Course : mt
Batch : julai05
Registered : 30/06/2008

Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Empty
PostSubject: Re: Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain   Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Icon_minitimeSat Aug 09, 2008 1:00 am

mahkamah mana?....
papepon dato ke tan sri ....
suma pgkt x trkcuali ke mahkamah jika wat kslahan...arap2 la yer...
hahahaha
Back to top Go down
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
kudabesi87


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 37
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Empty
PostSubject: Re: Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain   Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Icon_minitimeSat Aug 09, 2008 1:03 am

makamah perindustrian..

kat bangunan sultan abdul samad tuh..

tu la sewajarnya, mana de above the law
Back to top Go down
http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah
Mr. Admin


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 37
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Empty
PostSubject: Re: Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain   Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Icon_minitimeSat Aug 09, 2008 1:21 am

bile masa plak ni aku kerap turun nek mahkamah ni mat adib..hang jangan wat cite...
Back to top Go down
https://ipgm-community.forumms.net
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
kudabesi87


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 37
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Empty
PostSubject: Re: Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain   Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Icon_minitimeSat Aug 09, 2008 1:25 am

bro cimet x pe dia power..

masuk mahkamah jamin orang hehe
Back to top Go down
http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah
Mr. Admin


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 37
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Empty
PostSubject: Re: Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain   Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Icon_minitimeSat Aug 09, 2008 1:29 am

ye la 2..hehe..aku takkan jamin orang klu dah pasti mmg die yang salah....wat pe...bazir duit aku jerk...hehe
Back to top Go down
https://ipgm-community.forumms.net
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
kudabesi87


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 37
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Empty
PostSubject: Re: Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain   Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Icon_minitimeSat Aug 09, 2008 1:32 am

innocent untill proven guilty Gelak:..

smua warga yg terlibat ngan law kena pegang nih

tp sbb kita ckgu, x pe la kot..

klu da tau salah, x yah bicara, sbat je dulu Gelak:
Back to top Go down
http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah
Mr. Admin


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 37
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Empty
PostSubject: Re: Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain   Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Icon_minitimeSat Aug 09, 2008 1:37 am

hehe...2 la...wat bazir duit je klu g mahkamah..hehe...nk bayar lawyer lagi..ish4....bagi aku la..walaupun dlm undang2 sultan ni lagi tinggi tapi kita dpt lihat mmg orang2 berkuasa ni payah nak disaman or nak bawa ke mahkamah...
Back to top Go down
https://ipgm-community.forumms.net
mat tembak
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
mat tembak


Male Post : 383
Birthday : 31/03/1987
Age : 37
IPGM : i3p
Course : mt
Batch : julai05
Registered : 30/06/2008

Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Empty
PostSubject: Re: Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain   Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Icon_minitimeSun Aug 10, 2008 5:31 pm

aku stuju la ngan acmay...
dia sll crita mai kat aku..hah
Back to top Go down
CraZyGhOst
Perdana Menteri
Perdana Menteri
CraZyGhOst


Male Post : 293
Birthday : 02/05/1986
Age : 38
IPGM : Perlis
Course : Physical Education
Batch : Julai 2004
Registered : 15/06/2008

Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Empty
PostSubject: Re: Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain   Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Icon_minitimeMon Aug 11, 2008 10:08 pm

eh nak tanya sikit gelaran tun boleh diturunkan kepada anak mereka ka???
Back to top Go down
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah
Mr. Admin


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 37
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Empty
PostSubject: Re: Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain   Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Icon_minitimeMon Aug 11, 2008 11:24 pm

setau aku la...tak leh kot...klu cam2 najib leh la pakai tun...kan Semua dapat gelaran TUN ni....tapi hanya beberapa je leh dpt TUN dlm satu2 masa...selalunya saper dpt gelaran Tun ni tak lama sebb tak lama pas2 meninggal tak pun dpt title 2 pas meninggal...hehe.
Back to top Go down
https://ipgm-community.forumms.net
Nurzahira
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
Nurzahira


Female Post : 2427
Birthday : 22/09/1987
Age : 36
IPGM : IPBA
Course : PISMP
Batch : Julai 2005
Registered : 03/07/2008

Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Empty
PostSubject: Re: Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain   Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Icon_minitimeMon Aug 11, 2008 11:32 pm

kudabesi87 wrote:
member aku slalu gak naik turun mahkamah..

orang naik court kuar duit..bayar denda ke saman ke

dia naik court dapat duit..

pow mak dia keja kat situ Gelak:

hahaha
aku taw spe...
even dia x msk cni tp popular jap la plak...
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/chekgusiti
CraZyGhOst
Perdana Menteri
Perdana Menteri
CraZyGhOst


Male Post : 293
Birthday : 02/05/1986
Age : 38
IPGM : Perlis
Course : Physical Education
Batch : Julai 2004
Registered : 15/06/2008

Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Empty
PostSubject: Re: Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain   Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Icon_minitimeThu Aug 14, 2008 9:20 am

pasal 'tun' tu , i tanya sebab ada member kat sekolah dulu, ayah dia ada 'tun' kemudian member i pun nama dia didepan ada 'tun' kemudian adik dia pun ada tun didepan
Back to top Go down
cekgu_egie
Guru Sekolah
Guru Sekolah
cekgu_egie


Female Post : 1544
Birthday : 09/01/1987
Age : 37
IPGM : IPDA
Course : B Ed Science
Batch : Jan 2007
Registered : 18/07/2008

Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Empty
PostSubject: Re: Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain   Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Icon_minitimeThu Aug 14, 2008 9:33 am

tuh tun keturunan tuh..
bkn pangkat kot.....
Back to top Go down
CraZyGhOst
Perdana Menteri
Perdana Menteri
CraZyGhOst


Male Post : 293
Birthday : 02/05/1986
Age : 38
IPGM : Perlis
Course : Physical Education
Batch : Julai 2004
Registered : 15/06/2008

Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Empty
PostSubject: Re: Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain   Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Icon_minitimeThu Aug 14, 2008 9:43 am

mungkin la juga, tapi apa bezanya dengan tun pangkat, kalau dah nama didepan dah ada 'tun'
Back to top Go down
cekgu_egie
Guru Sekolah
Guru Sekolah
cekgu_egie


Female Post : 1544
Birthday : 09/01/1987
Age : 37
IPGM : IPDA
Course : B Ed Science
Batch : Jan 2007
Registered : 18/07/2008

Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Empty
PostSubject: Re: Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain   Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Icon_minitimeThu Aug 14, 2008 9:49 am

beza nya, hnya dia je la yg tau...
tp setau aku, pjbt pndftrn skrg dah strict..
dah xleh sng2 je nak pakai nama puteri ke, tun ke, meor ke, melainkan mmg tol2 nama tuh dibawa turun menurun...
ni yg kwn aku ckp la...
bpk dia keje pjbt pndftrn....
Back to top Go down
Sponsored content





Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Empty
PostSubject: Re: Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain   Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain Icon_minitime

Back to top Go down
 
Perbezaan Pangkat Dato, Tan Sri Dan Lain-lain
Back to top 
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next
 Similar topics
-
» Perbezaan Marjerin dengan Mentega
» 50 perbezaan antara lelaki dan perempuan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Pengetahuan Am-
Jump to: