Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Portal v2HomeSearchLatest imagesMemberlistRegisterLog in

 

 Hantu Perempuan di KLCC

Go down 
AuthorMessage
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah
Mr. Admin


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 37
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

Hantu Perempuan di KLCC Empty
PostSubject: Hantu Perempuan di KLCC   Hantu Perempuan di KLCC Icon_minitimeThu Aug 07, 2008 5:58 pm


Ni kisah seram yang aku dapat dari kawan aku. Die cite member abang die mengalami peristiwa ini, orang itu bernama Razak...


Razak yang bekerja di Petronas Twin Tower terpaksa balik lambat kerana ada hal yang harus diselesaikan.Setelah menghabiskan kerjanya , lebih kurang pukul 10 malam , dia yang berada ditingkat 8 bangunan itu
bersedia hendak turun ke tingkat bawah.Semasa dia masuk ke dalam lift segera ditekannya butang G tetapi lif itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35.

Apabila sampai ditingkat 35 , pintu lift terbuka dan masuklah saorang gadis yang amat jelita. Dia tidak pernah melihat gadis sejelita itu.Kulitnya putih dan rambut ikar mayang serta berbau sangat wangi.Razak berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus kebelakangnya.Sejurus kemudian lift itu pun turun.

Ketika lift itu sedang turun,lift itu berhenti secara tiba-tiba dan lampu padam kerana black-out.Semasa dia meraba-raba mencari butang loceng kecemasan lift itu,dia berbau suatu bau yang amat busuk. Dalam
kegelapan itu , pelbagai perkara bermain difikirannya sehinggakan dia berfikir mungkin perempuan tadi adalah hantu.Lututnya pun makin lemah dan segera dia teringat akan keluarganya.

Peluh dibadan sudah pun keluar dan kepala pun berpinar serasa akan pitam. Bau busuk itu masih ada. Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali. Tiba-tiba lampu bernyala kembali
dan lift pun berjalan semula menuju ke ground floor.

Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh kebelakang untuk melihat sama ada lembaga itu masih ada atau tidak. Rupa-rupanya gadis itu masih ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak gigi-
giginya yang amat cantek sambil berkata ;

“I’m sorry, tadi I terkentut”.
Back to top Go down
https://ipgm-community.forumms.net
 
Hantu Perempuan di KLCC
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Asal-Usul Hantu.. hantu ko..
» 50 perbezaan antara lelaki dan perempuan
» hantu di ip kowang....
» surat perempuan untuk bakal suami2 mereka..future husband lah!
» Hantu menyerang Malaysia ! Bekalkan diri dengan keimanan.

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Hobi, Hiburan dan Kehidupan :: Babak Seram, Menakutkan, Ganas dan Tragedi-
Jump to: