Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Portal v2HomeSearchLatest imagesMemberlistRegisterLog in

 

 Halatuju Guru Pelatih di IPGM

Go down 
AuthorMessage
ahmad zhafri bin md noor
Budak Tadika
Budak Tadika
ahmad zhafri bin md noor


Male Post : 12
Birthday : 05/01/1988
Age : 36
IPGM : Institut Perguruann Persekutuan Pulau Pinang
Course : Science education
Registered : 06/12/2008

Halatuju Guru Pelatih di IPGM Empty
PostSubject: Halatuju Guru Pelatih di IPGM   Halatuju Guru Pelatih di IPGM Icon_minitimeSat Dec 06, 2008 9:44 pm

Follow the flow…or not to follow the flow…begitu lah persoalan yang sering bermain di minda ana ini yang dhaif…

ramai yang mungkin tertanya-tanya apakah maksud sebenar ana ….kenapa tiba2 timbulkan persoalan tersebut…

bahkan ada yang bertanya apakah maksud soalan ini…. Ana bermaksud adakah kita seharusnya mengikut arus yang melanda suasana di institut kita sekarang?

Adakah kita hanya ‘singgah’ sebentar di institut (5 ½ tahun kebanyakannya) kemudian keluar sebagai seorang guru yang hanya mendidik apa yang kita pelajari based on our course that we have been taken here?

Adakah kita akan mendidik anak-anak murid kita dengan hanya ilmu yang bersifat keduniaan semata-mata?

Adakah pernah terfikir di hatimu apakah generasi yang bakal kita didik ini hanya terdiri orang yang hanya menurut apa yang ada di depan mata tanpa memikirkan implikasinya?



Guru merupakan insan yang paling istimewa bagi seseorang manusia selepas keluarganya… tanpa guru siapalah kita…renungi sajak yang dinukilkan oleh Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang

GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Begitu agungnya tugas seorang guru yang pada seorang guru yang biasalah mampu melahirkan generasi yang hebat-hebat sahaja….

Walhal cikgu itu sendiri tetap sama, dhaif dan lesu dengan permasalahan hidupnya.. Guru.. ana begitu mengagumi guru yang ada fikrah Islam dari jiwanya walaupun dia bukanlah seorang yang mengajar agama mahupun mendapat didikan agama yang formal…

Gurulah yang telah memberi inspirasi kepada ana untuk terus berjuang di mukabumi ALLAH ini .Ana teringat zaman persekolahan dahulu, ada seorang ustaz yang lain dari fikiran ustaz/ustazah lain… Lain beliau itu, Alhamdulillah , lain yang mencermin kan perkara yang positif… Ustaz ni mengajar ana semasa ana form 3…

dia dahulunya seorang yang besar di kedutaan Malaysia… namun beliau bertindak memilih untuk meletak jawatannya itu seterusnya masuk ke tengah masyarakat melalui sekolah… beliau berkata belaiu tidak tahan denagan suasana yang melanda umat Melayu Islam Malaysia di perantauan yang katanya melampaui norma2 pengamalan islam itu sendiri seperti berzina dann minum arak…

sesi pembelajaran beliau selalu di sentuh pasal permasalahan yang melanda umat . Tu yang lain berbanding ustaz/ustazh lain yang kebanyakan begitu tegar untuk tidak menyentuh hal2 seumpama itu.

Tambahan lagi sekoalah ana buakn sekolah agama! Jadi nampak lainlah....Ustaz ini lah yang memberi inspirasi kepada ana . Sekarang belaiau menjadi orang kuat YADIM cawangan kelantan. .. dengar kata beliau akan dinaikkan pangkat menjadi pengetua …..ana tumpang gembira...

Gurulah yang menjadi idola /perangsang bagi murid-murid… sumpama pepeatah Melayu menyatakan “Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari” , begitu berpengaruhnya peranan seorang guru dalam mendidik seorang pelajar….

kerana pelajar tidak dapat lari dari konsep fitrah yang menekankan bahawa “anak dilahirkan di dunia ibarat kain putih, suci tanpa dosa dan noda, namun ibu bapalah yang berperanan untuk mencorakkannya(dalam satu hadis: ibubapalah yang membentuk anak menjadi seorang majusi ,yahudi mahupun nasrani).

Dalam konteks sekarang ibu bapa juga boleh digantikan dengan perkataan guru kerana kebanyakan masa pelajar banyak dihabiskan di sekolah dan bersama dengan guru.


Guru yang baik ialah guru yang mampu menyampaikan ilmunya dengan berkesan manakala guru yang cemerlang dalam konteks Islam ialah guru yang mampu memberi sesuatu (dalam konteks ini:ilmu) kepada pelajarnya tidak tehad kepada ilmu pendidikan yang dipelajarinya di maktab tetapi meliputi ilmu keagamaan…

Guru sering dikaitkan dengan kelesuan pada sebarang aktivitisme yang berkaitan dengan minda kritikal mahupun pengolahan intekektual…

Suasana di maktab tidak sama dengan suasana di IPTA/IPTS yang lain , yang kesedaran guru pelatih terhadap isu-isu semasa adalah kurang atau ditinggal terus…

berbanding dengan sahabat dari institusi yang lain , guru pelatih di maktab tidak didedahkan dengan dunia semangat perjuangan pelajar yang dapat dilihat melalui demonstrasi, penyerahan memo bantahan terhadap sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar….

Bukanlah ana menyeru supaya kita sama2 membuat demonstrasi dan mengedarkan surat layang , tetapi ana mnyeru supaya kita sama2 keluar dari kelesuan dan zon selesa yang kita nikmati sekarang untuk membuat sesuatu yang bukan sahaja menyumbangkan kepada masyarakat selepas era belajar di kampus, tetapi juga semasa belajar di kampus…


antara yang dapat mereka masuki untuk menyahut seruan ini adalah dengan menyertai sebarang perkumpulan atau organisasi yang berorientasikan dakwah dan kesedaran sosial sahaja…


Kita perlu sedar bahawa kesedaran politik itu perlu, dan amat berguna, tetapi perbatasan perlu juga dijaga disebabkan menjadi suatu adat resam yang beriringan dengan masa bahawa guru tugasnya lebih terarah untuk mengaji erti kesabaran dan kecintaan , bukan menyebarkan sesuatu yang menyemai perasaan benci dan iri hati dalam diri pelajar2 mereka…. Politik terlalu kotor bagi mereka yang tidak memahaminya…

Ana berpendapat bahawa kita tidak seharusnya melawan arus (not follow the flow) ,kerana dengan tindakan demikian akan mendatangkan kerugian kepada kita sebagai bakal guru…

kita seharusnya mengamalkan gaya asimilasi (dengan kata lain tidak meninggalkan budaya institut)dengan budaya institut, tanpa meninggalkan terus seruan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR yang kita genggami sebagai seorang aktivis dakwah…

suasana persekitaran IPGM itu sendiri yang melesukan kita sebenarnya… kesedaran sosial di sini masih terlalu rendah dan kita sering dimomokkan dengan budaya hiburan melampau (hedonisme) sebagaimana yang melanda sahabat-sahabat kita di IPT yang lain…..

Peranan guru sebagai seorang aktivis dakwah merupakan suatu keperluan (bahkan kewajiban!) yang perlu ada di era yang serba mencabar ini…..

Guru menyebarkan dakwah terus kepada mad’u mereka (pelajar) , untuk mengenal erti beragama di samping tidak meninggalkan ilmu fardhu kifayah yang dipelajarinya di institusi perguruan…

dengan kata lain guru serba boleh dan guru 2 dalam satu… ilmu akhirat boleh ,dunia pun boleh…. Begitu hebatnya peranan guru sebenarnya sebab seorang guru boleh jadi seorang motivator, tutor, pemimpin,dan pendakwah dalam satu masa yang sama….

Berbanding dengan sahabat2 kita yangberada di IPT yang lain, kita sepatutnya sedar bahawa kitalah merupakan seorang pendakwah yang paling ramai mad’unya….ambil contoh Dr. Daniel, belaiu merupakan seorang yang serba boleh…

namun pada pendapat ana yang serba dhaif ini, guru sepatutnya lebih terkehadapan dari segi pengislahan diri kerana merekalah yang paling lama bersama mad’unya (pelajar)dan paling luas ruang lingkup dakwahnya, bukan hanya berdakwah di majlis ilmu dan sebagainya..

So, bersyukurlah..para teman….. tetapkan tekadmu di dalam dakwah… Jika kamu menolong agama Allah nescaya Allah akan menolongmu…. Perjuangan masih panjang….Halatuju Guru Pelatih di IPGM Edit2

Oleh : Mujahid Page @ Ahmad Zhafri
http://deafeningsilent.blogspot.com
Back to top Go down
 
Halatuju Guru Pelatih di IPGM
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Guru Muda berpeluang menjadi Pengetua/Guru besar
» Slogan baru IPGM Community.
» Hari Guru mungkin 2 kali
» Guru vs Ratu Pondan. Wajarkah?
» Guru sebagai Revolusioner Masyarakat

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Isu Semasa Dalam dan Luar Negara-
Jump to: