Pada suatu ketika , ana dihujani beberapa mesej melalu sistem pesanan ringkas (sms). Mesej ini datangnya dari seorang sahabat perempuan yang sama-sama sekolah rendah dulu.
Dalam mesej tersebut Y (bukan nama sebenar) bertanya : macam mana nak jadi bidadari syurga ? Kalau dah dalam sms , gamaknya tulis pun main pendek je, malas nak tulis panjang-panjang (tu kelemahan ana, sbb tu ana refer call terus) .
Ana menjawab dengan jawapan yang serba ringkas (tapi harap berguna) : perempuan terdapat 2 situasi yang kena jaga , iaitu ketika belum berkahwin dan ketika lepas berkahwin.
Ketika belum berkahwin, seseorang wanita itu hendaklah menjaga pandangannnya , menjaga kehormatan dan maruahnya sebagai seorang muslimah. Firman Allah s.w.t dalam Surah An-nur ayat 31 yang bermaksud :
Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman , agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya , dan jangan lah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang(biasa) terlihat....
Kita rujuk kembali peristiwa yang berlaku ketika Nabi Muhammad s.a.w naik ke langit dalam peristiwa Isra' Mikraj ,di mana baginda diperlihatkan dengan keadaan di mana bilangan penghuni neraka ramai di kalangan wanita berbanding dengan lelaki.
Wanita diseksa dengan pelbagai seksaan yang tak terperi sakitnya kerana mereka tidak menjaga aurat mereka dengan sempurna.
Ketika selepas berkahwin - wanita tersebut bertanggungjwab untuk menyerahkan dirinya sepenuhnya kepada suaminya. Ketaatan tidak lagi kepada kedua orang tuanya, tetapi kepada suaminya.
Sahabat ana bertanya lagi kepada ana , kalau suami itu membawa si isteri ke jalan dimurkai Allah ? Camne tu ?
Jawab ana :taatilah suami tu selagi tak bawa kepada kemungkaran Allah. (hujah ana tak sertakan, tak ingat hujah)
Dia bertanya lagi :Macam mana kita nak tahu perempuan tu baik ke tak ? Maksud saya, bukan dari segi pemakaian .sebab saya tengok ada gak yang tutup semua aurat tetapi perangai tak payahla bagitahu.(teruk la tu) . Lebih baik kawan yang tak tutup aurat tapi perangai baik ...
Ana menjawab (sebab dia tak ikut sebarang tarbiyahan lagipun modal ana pun takde lagi masa tu)
berpeganglah kamu terhadap dua perkara , nescaya kamu tidak akan sesat sampai bila-bila. Iaitu Al-qur'an dan sunnahku (hadisku)
bukan permasalahan "kalau pakai tudung pun perangai cam setan , baik kawan ngan orang tak pakai tudung" atau "tudung menjadi identiti budak2 nakal sekarang" , tetapi kalau rujuk maksud hadis di atas secara jelas menyatakan bahwa selagi kita berpegang kepada Al-qur'an dan hadis , selagi itulah kita tidak akan tersasar dari jalan yang sebenar. itulah yang kita kehendaki sekarang.
Tengok permasalahan yang melanda umat Islam sekarang . Yusof Islam (Cat Steven) pernah berkata : mujurlah aku temui Islam dahulu sebelum aku temui muslim(orang Islam) . Malas nak hurai panjang sebab jadi perdebatan lain plak .tapi itu realiti.
Ana timbulkan pertanyaan kepada sahabat perempuan ana tadi :
adakah yang pakai tudung tapi perangai nauzubillah itu mengikut apa yang digariskan Al-Qur'an dan sunnah? adakah yang tak pakai tudung tapi berperangai 'baik' (setakat mana baik tak tau la) itu mengikut apa yang diturunkan oleh Allah ?
Jadi definisi baik bagi ana , ana simpulkan ialah
1. kita tidak mengetahui tahap mana keimanan seseorang. Hatta seorang agamawan pun bleh tersasar, inikan kita yang dhaif serta serba kekurangan ini.
2. Orang paling baik adalah orang yan paling bertakwa antara kamu . Maksud petikan Al-qur'an. Lupa surah.
3. Orang baik ialah orang yang ikut apa yang digariskan oleh Al-Qur'an dan sunnah.
Oleh : Mujahd Page @ Ahmad Zhafri
http://deafeningsilent.blogspot.com