"(Termasuk
kalangan orang yang bertaqwa ialah ) orang yang menafkahkan harta
mereka semasa senang dan susah, orang yang sabar menahan marah dan
orang yang memaafkan kesalahan manusia. Dan Allah menyukai orang yang
berbuat baik. [ Ali Imran : 134 ]
HURAIAN
Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego
seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan
seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak
hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan
menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka
akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.
Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuang rasa 'ketuanan'
kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun
nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan
marah ialah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah
s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala
perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah.
Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di
dalam keadaan yang marah.
f) Apabila datang marah,
banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana
marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas,
hendaklah
. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila
bangkit daripada
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka
begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka
dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.