Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Portal v2HomeSearchLatest imagesMemberlistRegisterLog in

 

 Penerapan Budaya Ilmu di Institut Pendidikan Guru Malaysia

Go down 
AuthorMessage
ahmad zhafri bin md noor
Budak Tadika
Budak Tadika
ahmad zhafri bin md noor


Male Post : 12
Birthday : 05/01/1988
Age : 36
IPGM : Institut Perguruann Persekutuan Pulau Pinang
Course : Science education
Registered : 06/12/2008

Penerapan Budaya Ilmu di Institut Pendidikan Guru Malaysia Empty
PostSubject: Penerapan Budaya Ilmu di Institut Pendidikan Guru Malaysia   Penerapan Budaya Ilmu di Institut Pendidikan Guru Malaysia Icon_minitimeMon Oct 05, 2009 8:05 am

Budaya ilmu merupakan satu budaya yang amat peting bagi seseorang guru. Guru sebagaimana yang kita sedia maklum merupakan agen pemikir, pencambah idealisme , pengembang budaya, suara golongan pertengahan dan bawahan , murobbi, juru tunjuk dan pelbagai peranan atau fungsi lagi . Segala peranan atau fungsi ini tidak mampu direalisasikan oleh seseorang guru melainkan dengan ilmu.

Persoalan di sini. Adakah ilmu itu hanya sekadar ilmu yang kita peroleh di bilik kuliah sahaja ? Bagaimana dengan ilmu-ilmu yang lain yang merupakan satu prospek yang penting bagi membina idealisme dan sifat kepimpinan bagi seorang guru. Tidak melampau kirannya seandainya saya berpandangan bahawa peraturan-peraturan dan akta-akta yang mengikat para guru pada hari ini (Peraturan -peraturan Institut perguruan dan Akta 174)merupakan satu halangan yang seolah-olah tidak dapat diterobos oleh sebahagian daripada mentaliti guru pelatih IPGM.

Bayangkan sendiri apabila sebahagian guru pelatih tidak berani untuk menyertai program yang dianjurkan oleh Badan-badan luar dari IPGM seperti badan-badan bukan kerajaan walaupun program tersebut bersifat ilmiah, tarbiyah dan penting bagi kefahaman islam dan kepimpinan guru pelatih itu sendiri. Saya secara peribadi beranggapan guru-guru peltih ini seumpama robot-robot yang hanya tahu melakukan sesuatu sepertimana yang telah diprogramkan.

Pengalaman saya sendiri dengan sahabat-sahabat yang tidak ikut usrah maupun program, kebanyakan masa mereka banyak dihabiskan dengan bermain permainan komputer, membaca komik, lepak, menonton wayang dan vcd dan sebagainya. apakah guru seumpama ini diharapkan untuk mendidik anak-anak kita supaya menggunakan masa dengan berfaedah? Apakah mereka (guru-guru peltih yang bersifat demikian) mampu bercakap soal idealisme, kepimpinan, isu-isu kebejatan sosial, politik semasa, dan persoalan moral dan agama?

Saya tidak bermaksud bahawa mereka yang melakukan perkara tersebut merupakan guru yang tidak bermoral dan berakhlak , tetapi apakah yang boleh diharapkan dengan guru-guru seumpama ini.Itu baru beberpa kes yang disifatkan kecil . Ini tidak termasuk lagi dengan guru-guru pelatih yang kerap kali pergi ke kelab malam dan gig untuk berhibur, berdua-duaan (amalan berpasangan tanpa nikah) , dan pelbagai perkara yang memualkan dan menjijikkan untuk didengari.

Di IPGM saya pernah berlaku kejadian di mana sepasang guru pelatih ditangkap BOGEL di waktu malam .Apa tindakan yang HEP buat? DENDA RM 500.00 SAHAJA. Ini merupakan hukuman paling minimum yang dikenakan terhadap kesalahan berat seumpama ini. Penzina hendak didik generasi depan ? Ini baru di IPGM saya . Bagaimn dengan IPGM teman-teman di luar sana?

Bagi saya perkara seumpama ini tidak akan berlaku seandainya budaya ilmu dan akhlak diberikan penekanan utama bagi setiap IPGM di seluruh Malaysia, yang akan mencetak ramai guru-guru pelatih yang akan melahirkan berjuta-juta lagi pelajar dari beberapa banyak generasi . Bukankah seandainya seorang guru itu menyebarkan satu ajaran salah, kemudian diikuti oleh pelajar mereka, nescaya dosa guru tersebut akan berterusan selagi ada yang mengamalkannya ?

Ilmu sahaja tanpa penghayatan akhlak merupakan satu kegagalan pada sistem pendidikan. Bayangkann sendiri apabila terdapat partikel pemisahan antara kedua-dua entiti tersebut, maka lahirlah golongan yang hanya tahu mencari nafkah, berkeringat pagi dan petang ,namun halatuju dan fokus sebenar dalam hidup itu lari dari landasan yang yang sebenar. Maka hasilnya, kita boleh lihat pada hari ini. Natijah akibat kebejatan akhlak dalam diri, maka terhasillah banyak perkra yang tidak masuk akal pada suatu ketika dahulu ,tetapi menjadi suatu perkara yang "kacang" pada masa kini. Sebagai contoh, seks berkumpulan , raba mangsa beramai-ramai sebelum disebar ke dalam internet dan telefon bimbit, rakam aksi lucah sendiri, ragut , pelajar belasah guru, dan pelbagai ragam lagi yang memeritkan untuk difkirkan.

Siapakah yang bersalah dalam soal ini? Pendidikan atau keadaan?


Kita di IPGM hanya didedahkan dengan APA YANG KITA AKAN AJAR , BUKAN APA YANG SEPATUTNYA KITA AJAR. Sebagai seorang yang mempunyai peranan penting dalam masyarakat , guru-guru pelatih seharusnya ingat bahawa tugas seorang guru bukanlah semudah yang disangka. KITA BUKAN ROBOT, kita merupakan roh-roh baru yang akan menyeliputi dunia ini dengan Islam yang syumul dan menjadi tentera-tentera yang suatu hari nanti akan menegakkan sebuah daulah Islamiyah di dunia.

Sedarilah olehmu, wahai guru. Peranan guru dalam perjuangan membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah tidak harus dilupakan . Siapa tidak kenal Zainal Abidin bin Ahmad (Pendeta Za'ba?) Siapa tidak kenal Ustaz Haji Hassan bin Munas (Tok Janggut) yang merupakan seorang guru agama? Siapa boleh lupa peranan dan idealisme yang mebak-buak di Sultan Idris Training College (kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ?

Bangkilah olehmu ,para guru! JANGAN TERUS LENA LAGI.....
Back to top Go down
 
Penerapan Budaya Ilmu di Institut Pendidikan Guru Malaysia
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Guru Muda berpeluang menjadi Pengetua/Guru besar
» Pendapat anda mengenai Pendidikan Seks
» Gerakan komunis kembali aktif di Malaysia ?
» Punca bahagian Kongsi Ilmu dan Maklumat sunyi
» Hantu menyerang Malaysia ! Bekalkan diri dengan keimanan.

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Isu Semasa Dalam dan Luar Negara-
Jump to: