| Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' | |
|
|
Author | Message |
---|
Mr. Admin Sultan IPGMriah
Post : 2022 Birthday : 19/01/1987 Age : 37 IPGM : IP Perlis Course : PISMP Matematik Batch : Julai 2005 Registered : 27/05/2008
| Subject: Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Sun Aug 03, 2008 9:38 pm | |
|
Tahukah kamu bahawa lukisan pada baju T yang kamu pakai sehari-hari mengandungi pelbagai rahsia di sebaliknya? Pada kamu biasa atau untuk suka-suka. Tetapi bagi yang melihatnya, ia secara tidak langsung menterjemahkan imej atau peribadi sebenar kamu. Namun ini semua tidaklah seratus peratus betul. Kalau betul pun, anggaplah ia sebagai kebetulan sahaja.
Gambar Tempat-tempat Yang Menarik Dan Unik Kamu gemar memakai baju T yang mengambarkan tempat-tempat yang menarik seperti menara KLCC, jambatan Pulau Pinang, Kuala Terengganu. Ini menunjukkan kamu sukakan kegiatan pengembaraan yang adventure. Di samping itu kamu juga diterjemahkan mempunyai peribadi yang berani dan tegas. Bersesuaian dengan kegemaran yang suka mengembara, kamu memang tidak suka mendiami sesuatu tempat dalam masa yang lama. Kamu juga seorang yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam.
Gambar Personaliti Yang Disanjungi Atau Kumpulan Rock Sudah menjad perkara biasa bagi remaja memakai baju T dengan gambar personality atau artis popular sama ada dari dalam atau luar negara seperti Limp Bizkit,Nsync, XPDC dan sebagainya. Kamu digambarkan sebagai seorang yang suka bergaul bersama dengan golongan-golongan yang tertentu sahaja. Kamu juga tidak pernah gentar atau peduli apa orang lain fikir mengenai kamu. Kalau kamu gemar memakai baju T dengan gambar heavymetal, kamu merupakan seorang yang nakal dan degil. Kamu megah dengan sikap demikian. Kalau kamu suka gambar kumpulan baru yang popular, ia menggambarkan kamu sukakan sesuatu yang baru. Lain pula kalau kamu suka gambar personaliti yang terkenal menunjukkan kamu seorang yang sombong dan adakalanya bangga tidak menentu.
Gambar Iklan Ini menggambarkan kamu seorang yang mudah mesra dan peramah. Dalam kehidupan seharian pula, kamu seorang yang terlalu cerewet dan behati-hati terutama dalam soal kewangan dan perbelanjaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kamu seorang yang kedekut. Dalam soal berfesyen, kamu merupakan seorang yang simple dan tidak suka warna-warna kilat yang gemerlapan. Jangan kecewa jika ada yang menterjemahkan kamu sebagai seorang yang ketinggalan zaman.
Gambar Logo Dan Lambang Perniagaan Seseorang yang memakai baju yang mengandungi logo atau lambing perniagaan, kamu dianggap seorang yang angkuh atau suka menunjuk-nunjuk kepada orang lain dalam pelbagai hal. Kamu juga sangat mementingkan status dan sangat pemilih terutama dalam memilih rakan untuk bergaul. Namun tertanam juga sifat positif iaitu kamu juga sebenarnya sangat berbudi bahasa dan suka tolong menolong, tetapi sesama lingkungan kamu sahaja.
Gambar Kolej Atau Universiti Jika kamu seorang pelajar di kolej tersebut, menunjukkan kamu benar-benar menghargai kolej kamu. Sesuailah sekiranya kamu menjadi pelajar kolej tersebut kerana ia menandakan kamu seorang yang sangat menghargai ilmu pengetahuan. Kamu juga sangat menghargai status dan taraf so.
Lukisan Tangan Kamu digambarkan sebagai tergolong dalam masyarakat yang sangat mementingkan rumah dan keluarga. Kamu juga seorang yang sangat artistik, peramah dan suka mendapat perhatian. Malah kamu mempunyai citarasa yang tinggi dan tidak suka berahsia.
Gambar Dengan Warna Neon Kamu sebenarnya ingin menjadi tumpuan. Kamu mahu masyarakat di sekeliling sentiasa mengambil berat tentang diri kamu. Individu yang gemar memakai baju T seperti ini digambarkan seorang yang banyak bercakap, periang, popular dan sentiasa mahu menjadi tumpuan. Rakan-rakan sekeliling kamu juga begitu memerlukan kamu. Tapi berhati-hati. Jangan sampai ada yang cuba mengambil kesempatan dari kamu
Tertulis Dengan Kata-kata Jenama Atau Kartun Kamu digambarkan sebagai seorang yang murah hati dan sentiasa bersedia menolong mereka yang amat memerlukan. Kamu tidak pandai menyimpan rahsia dan sering bersikap terbuka. Kamu juga sangat menggemari dunia hiburan, sentiasa berusaha memberi kesenangan pada orang lain dan suka mengkaji kehidupan yang penuh kegembiraan. Dari segi pergaulan, kamu senang diajak bergurau dan berjenaka. Tak mudah ambil hati atau merajuk.
Kemeja T Yang Ketat Jika kamu suka memakai kemeja T jenis ini, kamu digambarkan sebagai seorang yang sentiasa dahagakan pujian dari orang lain, seorang yang out-going dan sukakan kehidupan yang happy go lucky. Kamu jarang menunjukkan imej kamu yang sebenarnya. Walaupun demikian, dalam urusan kerja kamu lebih suka untuk melakukan dengan sempurna.
Kemeja T Kamu Longgar Dan Koyak Kamu benci sikap hipokrit. Kamu seorang yang emosional tetapi tidak terpengaruh pada sesiapa pun. Apa yang dilihat itu yang sebenarnya mementingkan keselesaan dan kesejahteraan dalam hidup kamu.
Baju T Kosong Jika kamu sukakan kemeja T kosong tanpa sebarang gambar hiasan atau berwarna lembut, ia menunjukkan kamu suka bersendiri dan berahsia. Apa sahaja rahsia yang kamu terima, hanya kamu sahaja yang mengetahuinya. Walaupun demikian, sikap kamu sangat terbuka dan sentiasa menerima teguran dari sesiapa sahaja. Kamu bersikap agak ketinggalan dan lebih suka memerap di rumah
| |
|
| |
paan1904 Guru Penolong Kanan
Post : 2527 Birthday : 19/04/1987 Age : 37 IPGM : IPDA Course : PISMP IPGM SCIENCE Batch : JANUARY 2007 Registered : 15/06/2008
| Subject: Re: Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Tue Aug 05, 2008 4:47 pm | |
| aku pakai je baju ape2 pun..jnji bju.. hee~ | |
|
| |
hana husein Budak Tadika
Post : 18 Birthday : 11/08/1989 Age : 35 IPGM : ipKT Course : ppismp bm/pj/ks Batch : julai 2008 Registered : 04/11/2008
| Subject: Re: Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Sun Nov 23, 2008 11:27 pm | |
| aku puan...pokoknya tutup aurat...ye tak apaan?? | |
|
| |
syed rosman bin syed alwi Budak Sekolah
Post : 82 Birthday : 01/01/1982 Age : 42 IPGM : ikut la mane pun Course : JQaf Batch : julai 2009 Registered : 06/11/2008
| Subject: Re: Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Tue Nov 25, 2008 5:40 pm | |
| ape perlu makna utk t shirt. janji ade baju n menutup aurat. xperlu nk pilih2 - Quote :
- bro...nak jadi guru kena tau jugak serba sedikit...pemakaian mencerminkan seseorang individu itu sendiri...so bila berpakaian pun ada caranya..bila kita lihat anak murid kita nanti pakai baju macam mana2 kita tau la serba sedikit peribadi mereka...walaupun kekadang 2 kurang tepat atau tak tepat langsung sekurang-kurangnya kita ada persediaan untuk berdepan dengan murid tersebut.
* Sila hantarkan post yang tidak bersifat provokasi. AMARAN 1. | |
|
| |
kayhebat Pelatih IPGM
Post : 779 Birthday : 10/11/1987 Age : 37 IPGM : IPPP Course : PJ Major,English Minor Batch : Julai 2005 Registered : 09/07/2008
| Subject: Re: Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Wed Nov 26, 2008 12:00 am | |
| pilih pun utk citarasa je... | |
|
| |
kudabesi87 Pelajar Sekolah Menengah
Post : 351 Birthday : 03/01/1987 Age : 37 IPGM : ip ba Course : papret intake 07 Batch : julai 05 Registered : 29/06/2008
| Subject: Re: Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Thu Feb 05, 2009 1:34 am | |
| pakai baju heavy metal dan seorang yang degil? ada gak aku tengok orang buat baju ct nurhaliza, mawi, osama jiwa menda la org yg pakai baju tu.. | |
|
| |
paan1904 Guru Penolong Kanan
Post : 2527 Birthday : 19/04/1987 Age : 37 IPGM : IPDA Course : PISMP IPGM SCIENCE Batch : JANUARY 2007 Registered : 15/06/2008
| Subject: Re: Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Sun Feb 08, 2009 10:29 pm | |
| ntah ler...tp ade je sesetengah org..main pakai je t-shirt apepun.. yg penting dia b'baju..hmm~ | |
|
| |
Mr. Admin Sultan IPGMriah
Post : 2022 Birthday : 19/01/1987 Age : 37 IPGM : IP Perlis Course : PISMP Matematik Batch : Julai 2005 Registered : 27/05/2008
| Subject: Re: Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Wed Feb 11, 2009 10:43 pm | |
| ada gak sesetengah macam 2..namun bagi aku la...sekarang ni kita kena la serba sedikit berpakaian seperti guru, so bile orang pandang nampak seperti guru..
Bukan apa, bila kita di sekolah murid2 tau kita ni guru, tapi bila di luar sekolah, pemakaian kita haruslah amat berwaspada sekali kerana berkemungkinan pemakaian kita kelak akan ditiru oleh anak-anak didik kita pula nanti. | |
|
| |
paan1904 Guru Penolong Kanan
Post : 2527 Birthday : 19/04/1987 Age : 37 IPGM : IPDA Course : PISMP IPGM SCIENCE Batch : JANUARY 2007 Registered : 15/06/2008
| Subject: Re: Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Tue Apr 07, 2009 12:16 am | |
| stuju dgn kemay... bygkan kalo pakai ntah ape gaya..tbe2 jumpa anak murid kt luar skola.. "eh,cikgu ................ ke ni..?" ha....sape nak jawab...? bak kata Nabil..ar lu pikir ar sendiri....huhu~ | |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' | |
| |
|
| |
| Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' | |
|