| Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah | |
|
+6cekgu_egie CraZyGhOst crescent kayhebat paan1904 Mr. Admin 10 posters |
|
Author | Message |
---|
Mr. Admin Sultan IPGMriah
Post : 2022 Birthday : 19/01/1987 Age : 37 IPGM : IP Perlis Course : PISMP Matematik Batch : Julai 2005 Registered : 27/05/2008
| Subject: Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah Mon Sep 01, 2008 3:16 pm | |
| - Quote :
- Kelayakan akademik, pengalaman mengajar antara punca
KUALA LUMPUR: Semakan audit terhadap Laporan Mengenai Kajian Penilaian Pelaksanaan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mendapati penguasaan bahasa Inggeris majoriti guru Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah masih rendah.
Kajian itu yang dibuat tahun lalu oleh Kementerian Pelajaran bertujuan mengumpul maklumat mengenai status kesediaan guru dan pelajar bagi program PPSMI, dengan mendapatkan maklum balas daripada 2,127 guru sekolah rendah, 1,275 guru sekolah menengah, 44,912 murid Tahun Empat dan 52,187 pelajar Tingkatan Empat.
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, berkata penguasaan bahasa Inggeris guru secara puratanya dipengaruhi faktor kelayakan akademik bagi guru sekolah rendah, manakala guru sekolah menengah pula tempoh pengalaman mengajar mata pelajaran PPSMI, selain selari pencapaian gred Bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dari segi persepsi, beliau berkata, guru sekolah menengah lebih bersedia mengajar menggunakan bahasa Inggeris berbanding guru sekolah rendah, namun guru sekolah rendah lebih yakin terhadap PPSMI berbanding guru sekolah menengah.
"Masih ada murid Tahun Empat dari Sabah, Kelantan dan Perlis serta pelajar Tingkatan Empat dari Sarawak, Sabah dan Kedah, khususnya di kawasan luar bandar, menghadapi masalah mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris.
Antara syor dikemukakan ialah Kementerian Pelajaran memastikan guru terbabit PPSMI diberi latihan mencukupi bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.
Secara umum, Ambrin berkata, ada beberapa kelemahan perlu dibaiki dalam pengurusan peralatan PPSMI yang diaudit, antaranya kehilangan peralatan PPSMI bernilai RM9.56 juta di 812 sekolah sejak 2005 hingga 2007 dan lebihan komputer riba berbanding bilangan guru PPSMI.
Sumber: Berita Harian | |
|
| |
paan1904 Guru Penolong Kanan
Post : 2527 Birthday : 19/04/1987 Age : 37 IPGM : IPDA Course : PISMP IPGM SCIENCE Batch : JANUARY 2007 Registered : 15/06/2008
| Subject: Re: Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah Mon Sep 01, 2008 4:26 pm | |
| P&P math n science dlm bi baru je dilaksanakan... mmg la ckgu2 x mahir dlm bi sb dorg dlu bljr dlm bm.. tp x sempat nak established..dah ura2 nk tukar balik dlm bm.. hmm~ biar la pelaksanaannye lame sket.. biar nmpak ade keputusan yg baik.. | |
|
| |
kayhebat Pelatih IPGM
Post : 779 Birthday : 10/11/1987 Age : 37 IPGM : IPPP Course : PJ Major,English Minor Batch : Julai 2005 Registered : 09/07/2008
| Subject: Re: Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah Mon Sep 01, 2008 11:30 pm | |
| susah r math science dlm bi sblm ne gune bm pon ramai yg failed jgk....ne kan gune bi...neway paan...sedar tak sedar dah hampir 10 taun taw pelaksanaan dilaksanakan...tp result kurg mmberangsangkan....dari segi peratus lulus | |
|
| |
Mr. Admin Sultan IPGMriah
Post : 2022 Birthday : 19/01/1987 Age : 37 IPGM : IP Perlis Course : PISMP Matematik Batch : Julai 2005 Registered : 27/05/2008
| Subject: Re: Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah Mon Sep 01, 2008 11:34 pm | |
| dorang bakal tukar dlm bm sebb bukan takat guru je...peratusan pelajar gagal dalam maths n sains pun meningkat...graf terpaksa diturunkan..
Lagipun budak luar bandar n pedalaman mana minat nk blaja dlm bi ni....tak tertarik pun dorang...ty la saper yang minat klu minat pun tak ramai...beberapa orang je.. | |
|
| |
crescent Guru Penolong Kanan
Post : 3156 Birthday : 03/11/1987 Age : 37 IPGM : ipik Course : Papret - special edu Batch : januari 2007 Registered : 04/07/2008
| Subject: Re: Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah Mon Sep 01, 2008 11:36 pm | |
| aku ngaku aku mmg gune broken english...adoii smp skrg bi aku ni mmg lemau | |
|
| |
CraZyGhOst Perdana Menteri
Post : 293 Birthday : 02/05/1986 Age : 38 IPGM : Perlis Course : Physical Education Batch : Julai 2004 Registered : 15/06/2008
| Subject: Re: Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah Sat Sep 06, 2008 12:50 pm | |
| malaysia ini mcm dalam iklan news straits time la, bila tiada keperluan mereka tidak akan berusaha untuk memperlajari tentang perkara tersebut, kalau kita lihat guru-guru yang zaman ibubapa kita tu, semua boleh berbahasa inggeris, & tahap kewibawaan mereka tidak dipertikaikan, walaupun kita guru sekarang ini belajar math & sains dalam bm, tetapi dia tidak seharusnya menjadi halangan untuk kita menukar ke dalam BI, semua ini dalam mind set kita...
kalau kita boleh memberangsangkan pelajar dengan cara yang betul untuk belajar math & sains dalam bi, rasanya tidak menjadi masalah, sebagai tambahan budaya membaca dikalangan murid-murid dah semakin menurun | |
|
| |
paan1904 Guru Penolong Kanan
Post : 2527 Birthday : 19/04/1987 Age : 37 IPGM : IPDA Course : PISMP IPGM SCIENCE Batch : JANUARY 2007 Registered : 15/06/2008
| Subject: Re: Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah Sat Sep 06, 2008 3:44 pm | |
| setuju ngn crazyghost... sebenarnya boleh.. cuma ambik masa sket la... 10 thun tu blom ckup lgi kay... | |
|
| |
cekgu_egie Guru Sekolah
Post : 1544 Birthday : 09/01/1987 Age : 37 IPGM : IPDA Course : B Ed Science Batch : Jan 2007 Registered : 18/07/2008
| Subject: Re: Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah Sun Sep 07, 2008 1:20 am | |
| aku ykn produk ipgm yg bakal kuar nih akan lbh mantap BI b'banding guru2 yg sedia ada.. guru2 sedia ade lemah BI sbb mls nak praktik.. selesa sgt ngn Bm.. akibatnya, bdk2 yg xreti... | |
|
| |
kudabesi87 Pelajar Sekolah Menengah
Post : 351 Birthday : 03/01/1987 Age : 37 IPGM : ip ba Course : papret intake 07 Batch : julai 05 Registered : 29/06/2008
| Subject: Re: Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah Tue Sep 23, 2008 2:18 am | |
| banyak cikgu2 baca skrip jer time p&p etems nih..
slain tu ada gak yang guna bm jer..
bab bahasa nih..
DBP tentang dulu sbb P&P sepatutnya dijalankan dalam bahasa kebangsaan sahaja..P&P kan dikira sebagai satu tugas rasmi
selain tu bila guna etems, secara x langsung terma2 mcm bahagi, campur akan hilang
lepas tu lak, diaorang percaya pada teori yg sesuatu bahasa tu perlu diajar secara langsung. Direct Method. bukan guna subjek lain utk kuasai target language
klu ikut dbp yg patut ialah pemantapan pengajaran BI tu sendiri..
bagaimanapun, TDM percaya yg etems akan berjaya wpon tpakse makan masa..alasan dia tak mahu org malaysia, melayu terutamanya tak dapat bersaing disebabkan lemah BI wpon ada ijazah.
kita tunggu dan lihat ape hasil perbincangan dan kajian semula sekian.. | |
|
| |
arios Budak Sekolah
Post : 68 Birthday : 27/05/1988 Age : 36 IPGM : IPBA Course : TESL Batch : 2006 Registered : 07/11/2008
| Subject: Re: Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah Fri Nov 07, 2008 8:10 pm | |
| naper la para plajar kiter asyik jd tikus eksperimen jer.. xleh ke nilai pelajar tinggi sket dari seekor tikus...
buat eksperiman klo gagal review balik.. xker kiter fkir nsib2 mgsa y tlibat dlm eksperimen ini???? ak bg contoh la.. Subject EST...
subject ni bg ak kurang relevant la.. buku text xder n sukatan plajaran y xjelas.. ni y ak dgar la , cikgu2 da mrungut cmner nk ajar bdak subject ni.. n jawapan die mst btl2 tepat ngan skema jawapan, xleh main2 sipi2 jer... ckgu hanya bleh bgntung harap pder coursebook jer utk mngajar.. n aper y diajar lbih kpd utk mnjwab solan,, x meaningful learning la cm lbih kpd rote learning...
Oleh sbab itu rmai la stdnts xdpt skor dlm subject nih.. | |
|
| |
arios Budak Sekolah
Post : 68 Birthday : 27/05/1988 Age : 36 IPGM : IPBA Course : TESL Batch : 2006 Registered : 07/11/2008
| Subject: Re: Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah Fri Nov 07, 2008 8:15 pm | |
| - cekgu_egie wrote:
- aku ykn produk ipgm yg bakal kuar nih akan lbh mantap BI b'banding guru2 yg sedia ada..
guru2 sedia ade lemah BI sbb mls nak praktik.. selesa sgt ngn Bm.. akibatnya, bdk2 yg xreti... n Satu lg kite jgn pndang rendah la pd ckgu2 senior wlaupun BI diorg xsebaik korang sumer.. at least have a respect for them... kdg2 diorg bkan xnk practise tp ader byk halangan. cm klo ajar Math n Science Dlm bi especially kt rural areas.. bdak pyah nk fham.. so nk xnk diorg kna la ajar subject tu dlm BM dlu sblm translate dlm BI... | |
|
| |
kudabesi87 Pelajar Sekolah Menengah
Post : 351 Birthday : 03/01/1987 Age : 37 IPGM : ip ba Course : papret intake 07 Batch : julai 05 Registered : 29/06/2008
| Subject: Re: Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah Fri Nov 07, 2008 9:20 pm | |
| dak tesl cakap tu weh... actually, the problem that matters our education is the mentality of society that at some level can't accept the reality of this country that is Bahasa Melayu is the official language. the malaysian education system had already plan the syllabus so that the student can read, write, and speak in this language but the private sector demanded more than just capable of speaking in English, they want their workers fluent and maybe have the londoners accent. adios amigos.. Takkan Bangsa Melayu Hilang di Dunia | |
|
| |
crescent Guru Penolong Kanan
Post : 3156 Birthday : 03/11/1987 Age : 37 IPGM : ipik Course : Papret - special edu Batch : januari 2007 Registered : 04/07/2008
| Subject: Re: Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah Fri Nov 07, 2008 9:24 pm | |
| ni aku terbaca kat satu blog.. so aku quotekan ntok korg.. apakah pendapat korg tentang artikel beliau - Quote :
- Bahasa Melayu Bahasa Malaysia?
Sungguh sedih rasanya bila dikenangkan kembali nasib bahasa Melayu pada masa kini. Apabila semakin terhakis bahasa Melayu, barulah pihak berwajib sedar akan keciciran bahasa Melayu yang suatu ketika dahulu dijulang tinggi martabatnya.
Aku tersenyum lebar membaca akhbar Utusan hari ini yang mana pihak kerajaan mahu memperkasakan semula bahasa Melayu. Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata "Ini perlu dalam usaha pembentukan negara bangsa dalam konteks Malaysia".
katanya lagi "Untuk itu, generasi muda perlu berpegang teguh dengan ajaran agama dan nilai moral, patriotik, hidup sebagai sebuah masyarakat penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran terbuka, berbudaya saintifik dan hidup bersatu padu".
Menurut Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pula berkata "bahasa Melayu dituturkan oleh lebih 300 juta penduduk di kepulauan Nusantara namun ia tidak menjadi bahasa dunia. Oleh itu, nasib bahasa Melayu perlu dibela bersama oleh semua pihak".
Lebih menggelikan hati aku apabila beliau berkata "UMNO harus memperjuangkan fasa tiga ceraian lima dalam perlembagaannya iaitu bahasa dan budaya adalah satu perjuangan. Jika tidak kita akan terus dalam keadaan terumbang-ambing seperti ini".
Perkara ini berbangkit berikutan berlakunya penggunaan pelbagai bahasa di Pulau Pinang. Mengapa perkara ini baru nak dibangkitkan? adakah disebabkan politik untuk menjatuhkan kerajaan baru Pulau Pinang? atau sekadar mencari publisiti murahan bahawa mereka benar-benar ikhlas untuk memartabatkan bahasa Melayu?
Tersenyum lebar lagi bibir aku setelah aku sendiri mempersoalkan antara sebab mengapa baru sekarang mahu memartabatkan bahasa Melayu? Melihat kepada sejarah, Siapakah yang memansuhkan tulisan Jawi? lihatlah kesan bahasa Melayu sekarang dan kesan kepada anak muda-mudi kini yang buta huruf Jawi. Tahukah kalian suatu ketika dahulu disaat kemasyhuran bahasa Melayu, tulisan Jawi itu merupakan tulisan rasmi bagi bahasa Melayu?
Mengapa kita mahu martabatkan bahasa asing (Bahasa Inggeris) di negara kita sendiri sedangkan bahasa sendiri diabaikan. Almaklum, diakui bahasa Inggeris adalah bahasa global, adakah kita terlalu mengejar kemajuan sehingga lupa tentang kepentingan bahasa kita? atau kita sendiri merasakan bahasa Melayu itu adalah bahasa yang cikai dan kuno? Terbukti pada zaman sekarang, muda-mudi kini berasa malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu dikhalayak ramai. Mereka lebih suka bertutur dalam bahasa Inggeris kerana bahasa itu bahasa moden. Kemana perginya maruah bahasa kita? tidak salah untuk belajar pelbagai bahasa tetapi jangan sampai maruah bahasa sendiri tercemar disebabkan mahu mencari populariti.
Kerajaan mahu memartabatkan bahasa Melayu, diakui suatu pekerjaan yang murni dan sangat baik. Tetapi hasrat itu seakan-akan satu fantasi. Mana tidaknya, sekiranya mereka benar-benar mahu memartabatkan bahasa Melayu, mengapa mata pelajaran sains dan matematik ditukarkan ke dalam bahasa Inggeris? dan sekarang bertelingkahan sesama sendiri mahu menukar semula mata pelajaran tersebut ke dalam bahasa Melayu. Tak ke ini satu pekerjaan yang bodoh? Pembaziran berlaku.. Bahasa sendiri terabai.. Pelajar sekolah menjadi tertekan.. Keputusan yang diambil tidak mengikut kajian tetapi mengikut nafsu. Tidak memikirkan keadaan pelajar yang tinggal di kawasan yang jauh dari pusat bandar.
Aku mencadangkan kepada kerajaan agar hidupkan kembali tulisan Jawi, nescaya bahasa Melayu akan menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang suatu hari kelak. Sebagaimana contoh di negara Brunei, pengalaman aku ke sana benar-benar menyentuh maruah aku selaku orang yang berbangsa Melayu... | |
|
| |
kudabesi87 Pelajar Sekolah Menengah
Post : 351 Birthday : 03/01/1987 Age : 37 IPGM : ip ba Course : papret intake 07 Batch : julai 05 Registered : 29/06/2008
| Subject: Re: Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah Fri Nov 07, 2008 9:44 pm | |
| macam aku cakap lagi tadi la..semuanya sebab mentaliti
Dr Rais Yatim adalah seorang menteri yang layak bercakap tentang ini, penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris beliau baik
mungkin sebab dulu dia lulusan Institut Bahasa, Lembah Pantai
bab ETEMS lak, tak larat aku nak cakap la..
kadang2 masyarakat tak paham apakah sebenarnya hala tuju English Language nih..
nak jadi kan kita boleh bercakap macam mat salleh ker?
EL ni sekadar nak memberikan kemahiran membaca, menulis, bercakap dalam bahasa ini..
cuma kadang2 orang mengharapkan lebih-lebih...sepanjang masa nak speaking
walaupun memang kena praktik pun tapi kat tmpat yang betul la | |
|
| |
arios Budak Sekolah
Post : 68 Birthday : 27/05/1988 Age : 36 IPGM : IPBA Course : TESL Batch : 2006 Registered : 07/11/2008
| Subject: Re: Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah Fri Nov 07, 2008 10:36 pm | |
| ape y dtlis dlm blod di atas tu btl la.. ak stju ngan pndapat beliau... bhase sndiri mst di martabatkan .. tp utk martabatkn bhse kiter adlah pnting utk kite first skali kuasai slah satu lingua franca dunia skarang supaya kiter dpat lbih maju lag dlm sumer bidang eg: English.
klo kiter nk maju kiter kna gak kuasai bhse English or any other language... n bla blaja ssuatu bhse tu kiter kna la practise supaya dpt fasih dlm bhse tsebut... so bla ader org nk blaja ckp BI jgn kiter ban jer ngan ckap poyo la prasan nk jd mat salleh la.. biar la die nk practise.. tp jgn la smpai kluar statement it's a shame for me to speak in MAlay klo da smpai thap tu mmg poyo la..
Utk pngetahuan kwn2 sumer jpun pn maju sbab diorg bkrjasame ngan barat.. before ww2 la.. lpas diorg maju n dpat bdikari bru diorg bleh martabatkan bhse Jepun sbg slah stu worldwide language. | |
|
| |
ChuckNorris Bayi Cute
Post : 9 Birthday : 12/12/1909 Age : 114 IPGM : IPGM cawangan Borneo Utara Course : of course Batch : apekebende natang ni?? Registered : 08/11/2008
| Subject: Re: Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah Sat Nov 08, 2008 12:34 am | |
| - Quote :
- Kerajaan mahu memartabatkan bahasa Melayu, diakui suatu pekerjaan yang murni dan sangat baik. Tetapi hasrat itu seakan-akan satu fantasi. Mana tidaknya, sekiranya mereka benar-benar mahu memartabatkan bahasa Melayu, mengapa mata pelajaran sains dan matematik ditukarkan ke dalam bahasa Inggeris? dan sekarang bertelingkahan sesama sendiri mahu menukar semula mata pelajaran tersebut ke dalam bahasa Melayu. Tak ke ini satu pekerjaan yang bodoh? Pembaziran berlaku.. Bahasa sendiri terabai.. Pelajar sekolah menjadi tertekan.. Keputusan yang diambil tidak mengikut kajian tetapi mengikut nafsu. Tidak memikirkan keadaan pelajar yang tinggal di kawasan yang jauh dari pusat bandar.
dasar masyarakat malaysia yang mempunyai mentality me maggi..cepat dimasak sedap dimakan..nak result yang instant mane boleh ma...ingat mende ni takat blaja ABC ke????blaja ABC pon susahh..kalo selesa sangat duk kt comfort zone, cmne nk maju????macam tu la sampai ble2.... | |
|
| |
sapix Pelajar Sekolah Menengah
Post : 203 Birthday : 17/08/1986 Age : 38 IPGM : IPBA Course : KS/BI Batch : Julai 2005 Registered : 29/06/2008
| Subject: Re: Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah Sat Nov 08, 2008 1:35 am | |
| masalah timbu apabila pembuat dasar datang daripada orang yg pakar dalam bidang. lain sakit, lain yg diubati. 2 3 tahun sebelom ni, menteri, timb, yg memegang portfolio pelajaran bukan orang yg arif dalam selok belok pendidikan.
alhamdulillah, timbalan menteri pelajaran yg sekarang adalah orang yg tepat di posisi yg tepat. datuk razali ismail. beliau pernah jadi guru, pensyarah, pengarah jpn tganu, pengarah BPG, dan skrang timbalan menteri pelajaran.... | |
|
| |
cekgu_egie Guru Sekolah
Post : 1544 Birthday : 09/01/1987 Age : 37 IPGM : IPDA Course : B Ed Science Batch : Jan 2007 Registered : 18/07/2008
| Subject: Re: Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah Sat Nov 08, 2008 1:38 am | |
| tu laa ssh bila pendidikan pon sudah dipolitikkan... harubiru jd nye... | |
|
| |
kudabesi87 Pelajar Sekolah Menengah
Post : 351 Birthday : 03/01/1987 Age : 37 IPGM : ip ba Course : papret intake 07 Batch : julai 05 Registered : 29/06/2008
| Subject: Re: Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah Sat Nov 08, 2008 1:41 am | |
| timbalan menteri sebelum ni ex MPTI.. siap jadi YDP persatuan pelajar lagi kawan lecturer kite tu | |
|
| |
sapix Pelajar Sekolah Menengah
Post : 203 Birthday : 17/08/1986 Age : 38 IPGM : IPBA Course : KS/BI Batch : Julai 2005 Registered : 29/06/2008
| Subject: Re: Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah Sat Nov 08, 2008 1:46 am | |
| - kudabesi87 wrote:
- timbalan menteri sebelum ni ex MPTI..
siap jadi YDP persatuan pelajar lagi
kawan lecturer kite tu noh omar? walaupon dia bekas cikgu, tp dia tinggalkan cekgu sebab join apa tah. law kalo x silap. jadi diri dia x dicikgukan sebetul2 seperti mana cikgunya razali ismail | |
|
| |
kudabesi87 Pelajar Sekolah Menengah
Post : 351 Birthday : 03/01/1987 Age : 37 IPGM : ip ba Course : papret intake 07 Batch : julai 05 Registered : 29/06/2008
| Subject: Re: Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah Sat Nov 08, 2008 1:49 am | |
| yup..
spt rais yatim gak.. | |
|
| |
arios Budak Sekolah
Post : 68 Birthday : 27/05/1988 Age : 36 IPGM : IPBA Course : TESL Batch : 2006 Registered : 07/11/2008
| Subject: Re: Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah Sat Nov 08, 2008 8:06 pm | |
| huh arap2 lpas ni hnyer org yg layak jer diberi tgjuwab utama dlm bidang pnddikan negara kita..
Bg ak, cikgu lbih ssuai utk pgang jwatan y brkaitan ngan education sbab diorg dh ader pngalaman luas dlm bdang nih | |
|
| |
crescent Guru Penolong Kanan
Post : 3156 Birthday : 03/11/1987 Age : 37 IPGM : ipik Course : Papret - special edu Batch : januari 2007 Registered : 04/07/2008
| Subject: Re: Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah Sat Nov 08, 2008 9:37 pm | |
| - arios wrote:
- huh arap2 lpas ni hnyer org yg layak jer diberi tgjuwab utama dlm bidang pnddikan negara kita..
Bg ak, cikgu lbih ssuai utk pgang jwatan y brkaitan ngan education sbab diorg dh ader pngalaman luas dlm bdang nih tol2..sokong.. sbb diorg lebey tahu dunia pendidikan.. bukan men taram suke ati jek nk masokkan pape dlm silibus.. pastu kuar pekse xde pon dlm silibus.. adoii budak2 yg tercengang nk jawab.. last2 bagi markah bonus..hahaha | |
|
| |
kudabesi87 Pelajar Sekolah Menengah
Post : 351 Birthday : 03/01/1987 Age : 37 IPGM : ip ba Course : papret intake 07 Batch : julai 05 Registered : 29/06/2008
| Subject: Re: Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah Sun Nov 09, 2008 12:45 am | |
| sebagaimana Kementerian Kesihatan dipegang oleh Doktor..
sebagaimana JKR dipegang oleh IR
dan sebagaimana Menteri Undang-Undang di JPM dipegang oleh bekas lawyer
begitu la spatutnya KPM..
bagaimanapun ada sebab tertentu mnyebabkan jawatan Menteri x diberi terus kpd guru | |
|
| |
arios Budak Sekolah
Post : 68 Birthday : 27/05/1988 Age : 36 IPGM : IPBA Course : TESL Batch : 2006 Registered : 07/11/2008
| Subject: Re: Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah Sun Nov 09, 2008 2:17 am | |
| Mybe la sbab menteri tu knan seorg y pkar dlm bidang pntadbiran..
tp ak arap2 krang2 timbalan Menteri tu bg la kt org y ader latar blakang dlm bidang pendidikan.. bru bleh bg nasihat jika ader polisi y didapati kurang sesuai.. bru mantap kn KPM | |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah | |
| |
|
| |
| Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah | |
|