Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Portal v2HomeSearchLatest imagesMemberlistRegisterLog in

 

 Ramai sokong rombakan subjek sekolah rendah

Go down 
3 posters
AuthorMessage
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah
Mr. Admin


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 37
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

Ramai sokong rombakan subjek sekolah rendah Empty
PostSubject: Ramai sokong rombakan subjek sekolah rendah   Ramai sokong rombakan subjek sekolah rendah Icon_minitimeTue Dec 16, 2008 5:14 pm

Ramai sokong rombakan subjek sekolah rendah
Oleh Nurul Farina Nazlan
nfarina@bharian.com.my

Quote :
KUALA LUMPUR: Cadangan Kementerian Pelajaran merombak beberapa mata pelajaran bersifat akademik di sekolah rendah mendapat sokongan pelbagai pihak tetapi meminta ia diteliti secara mendalam bagi menjamin keberkesanannya.

Kementerian juga diminta mengadakan perbincangan bersama persatuan berkaitan serta Majlis Guru Besar dan golongan profesional bagi memastikan transformasi itu memberi kebaikan terutama kepada pelajar.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata ia adalah perkembangan sihat, namun mata pelajaran yang ingin diganti perlu lebih kepada usaha meningkatkan kepakaran pelajar melalui bahan praktikal.

Katanya, semua pihak harus membuka minda serta memberi peluang kepada pelajar menguasai kemahiran lain di sekeliling mereka selain pengetahuan akademik, sekali gus menjadi seorang yang lebih holistik dan cemerlang.

“Dengan wujudnya subjek baru, pelajar akan menjadi warga berminda kritis serta lebih terbuka terutama dalam menangani isu perkauman,” katanya semalam.

Kelmarin, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata subjek baru akan memberi penekanan kepada latihan amali termasuk komunikasi dan subjek berteras kesenian seperti drama yang akan dilaksanakan mulai 2010.

Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan, berkata cadangan itu adalah langkah tepat dan bakal memberi keuntungan besar kepada negara dalam usaha melahirkan rakyat berpengetahuan luas dan serba boleh.

Beliau berkata, PIBGN mencadangkan kementerian melaksana sistem seperti di universiti yang mana pelajar tidak dinilai 100 peratus melalui peperiksaan tapi dibahagi kepada kerja kursus tertentu supaya mereka diberi peluang menguasai bidang tertentu selain akademik.

“Subjek teknikal serta vokasional perlu diperkenalkan seawal mungkin di samping penerapan budaya membaca secara berterusan dan bukan hanya membaca kerana ingin lulus peperiksaan.

“Untuk merealisasikan hasrat kerajaan melahirkan modal insan cemerlang, kementerian harus menentukan sistem serta corak pendidikan sendiri tanpa perlu terlalu bergantung kepada kepakaran luar kerana Malaysia mempunyai ramai golongan profesional yang mampu memajukan pendidikan kita,” katanya.

Petikan Dari Berita Harian
Back to top Go down
https://ipgm-community.forumms.net
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
kudabesi87


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 37
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

Ramai sokong rombakan subjek sekolah rendah Empty
PostSubject: Re: Ramai sokong rombakan subjek sekolah rendah   Ramai sokong rombakan subjek sekolah rendah Icon_minitimeSun Jan 04, 2009 10:55 pm

bagus la..yg baik kita sokong

tp bab vokay nak dari awal tu mmg bagus...bleh start dari ting 1
Back to top Go down
http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
paan1904
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
paan1904


Female Post : 2527
Birthday : 19/04/1987
Age : 37
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE
Batch : JANUARY 2007
Registered : 15/06/2008

Ramai sokong rombakan subjek sekolah rendah Empty
PostSubject: Re: Ramai sokong rombakan subjek sekolah rendah   Ramai sokong rombakan subjek sekolah rendah Icon_minitimeWed Jan 28, 2009 10:16 pm

pelajar tidak dinilai 100% berdasarkan peperiksaan tu...sgt2 disokong...
sbb xsemua pelajar cemerlang dlm akademik..kdg2 mereka lebih cemerlang bila ade kerja2 secara praktikal...dan xsemua yg cemerlang akademik tu mampu utk cemerlang secara prktikal...
secara keseluruhannya..subjek yg diajar kena seimbang secara teori dan juga praktikal..barulah insan yg seimbang dari segi jeri dapt dilahirkan...
p/s:ade seorg kwn sy yg mmg pndai akademik..tp kemahiran asas spt berbasikal pun xtau..hmm~kan dh x seimbang tu...
Back to top Go down
http://www.friendster.com/paan1904
Sponsored content





Ramai sokong rombakan subjek sekolah rendah Empty
PostSubject: Re: Ramai sokong rombakan subjek sekolah rendah   Ramai sokong rombakan subjek sekolah rendah Icon_minitime

Back to top Go down
 
Ramai sokong rombakan subjek sekolah rendah
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» SUKAN PETANG DI IPG MASING...
» Pelajar sekolah diserang histeria
» Knp Registered User ramai Tapi yg Aktif skit ja?
» Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah
» pendapat anda ttg tygn gambaran alam barzakh pd kanak2 sek rendah??

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Isu Semasa Dalam dan Luar Negara-
Jump to: