Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Portal v2HomeSearchLatest imagesMemberlistRegisterLog in

 

 Lalat - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya

Go down 
2 posters
AuthorMessage
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
crescent


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 37
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

Lalat - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya Empty
PostSubject: Lalat - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya   Lalat - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya Icon_minitimeWed Aug 20, 2008 4:01 pm

Hadis riwayat Bukhari, daripada Abu Hurairah berkaitan lalat. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.

3073 - حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ مَخْلَدٍ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ بِلَالٍ قَالَ حَدَّثَنِي عُتْبَةُ بْنُ مُسْلِمٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عُبَيْدُ بْنُ حُنَيْنٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالْأُخْرَى شِفَاءً

Maksud matan hadis: Nabi s.a.w bersabda; "Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minuman salah seorang di antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah ia kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit.”

PERBINCANGAN:

Jenis Lalat

Lalat memang dikenali di seluruh dunia. Pada tahun 1964, ahli-ahli sains mengenal pasti 80,000 spesies lalat di seluruh dunia. Lalat rumah dikenali dengan nama dimestica. Lalat jinak ini mudah ditemui dan berada di mana-mana termasuk di kepulauan Arab. Ia boleh hidup dalam persekitaran dan keadaan yang pelbagai. Luther West dalam The Housefly menyebut, lalat jenis musca domestica banyak terdapat di kawasan Timur Tengah. Justeru, apabila Nabi Muhammad s.a.w berkata berkenaan lalat, besar kemungkinan beliau sedang menceritakan berkenaan lalat ini.


Fakta Saintifik; Lalat Pembawa Penyakit

Daripada Nabi Muhammad yang bermaksud, “Jika lalat terjatuh ke dalam bekas air salah seorang di antara kamu…” adalah satu pernyataan umum yang menunjukkan, lalat adalah agen pembawa penyakit kepada manusia dan ia juga mengisyaratkan lalat mengandungi banyak kuman pembawa penyakit. Pandangan Nabi Muhammad s.a.w ini hanya dapat difahami pada abad-abad terkemudian. Pada abad kesembilan belas, tahun 1871, Profesor J. Leidy telah menjalankan kajian dan mendapati lalat adalah pembawa pelbagai kuman kepada manusia. Pada tahun 1929, H.Y Yao, I.C. Yuan dan D. Huie mengkaji lalat-lalat di Beijing dan mendapati luarannya mengandungi lebih kurang 3,683,000 kuman bakteris dan dalamannya mengandungi enam hingga lapan kali ganda kuman berbanding luarannya. Lalat juga dikenal pasti sebagai serangga pembawa penyakit demam kepialu atau thyphoid, taun atau cholera, cirit birit atau bacillary dysentery dan banyak lagi.


Fakta Saintifik: Lalat Mempunyai Penawar

Daripada Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud, “Dan pada sebelah sayapnya ada penawar..” adalah satu pernyataan yang pelik kerana secara kebiasaannya masyarakat mengetahui kekotoran dan kejijikan lalat. Namun Nabi Muhammad s.a.w menegaskan, serangga yang jijik ini juga mempunyai penawar-penawar khusus. Shope pada tahun 1927, dan Glaser 1938 mendapati kuman-kuman virus di dalam badan lalat berfungsi membunuh kuman-kuman bakteria. Kajian ke atas lalat rumah musca domestica menunjukkan, ia mengandungi virus bacterioophage yang mampu membunuh kuman-kuman sophylococcus muscae, Escherichia coli, salmonella paratyphi dan eberthella typhosa.

Dr. Ghyath Hasan Al-Ahmad dalam bukunya, At-Tibb An-Nabawi fi Daw’ Al-`Ilm Al-Hadith (Perubatan Nabi Dalam Cahaya Sains Moden) menyatakan bahawa Dr. Nabih Da`ish telah menjalankan satu eksperimen di Universiti Raja Abdul Aziz di Riyadh, Arab Saudi. Beliau telah menghasilkan sepuluh kultur bakteria daripada cecair di mana seekor lalat jatuh ke dalam tanpa direndam, sepuluh kultur lagi daripada sampel lalat yang direndam sekali, sepuluh daripada sampel lalat yang direndam dua kali dan sepuluh lagi bagi sampel lalat direndam tiga kali. Hasilnya menunjukkan koloni bakteria berkembang biak dalam set pertama tetapi terbantut dalam set kedua, makin kurang dalam set ketiga dan paling kurang dalam set keempat.


Rumusan Hadis

Hadis lalat ini menampakkan keunikan dan kebaikan lalat. Perkara ini terbukti pada hari ini apabila sains moden menjadikan lalat buah, khususnya drosophila melanogaster sebagai bahan kajian utama bagi mengenali penyakit dan penawar bagi manusia, termasuk dalam aspek genetic. Nabi Muhammad dalam hadis ini menyebutkan berkenaan rahsia lalat dalam konteks perubatan dan ahli-ahli sains membuktikan kebenarannya pada hari ini.

Wallahu a'lam.
Back to top Go down
http://crescentstuff.blogspot.com/
paan1904
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
paan1904


Female Post : 2527
Birthday : 19/04/1987
Age : 37
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE
Batch : JANUARY 2007
Registered : 15/06/2008

Lalat - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya Empty
PostSubject: Re: Lalat - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya   Lalat - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya Icon_minitimeWed Aug 20, 2008 4:25 pm

a'ah..
aku tau pasal lalat ni mse skola rendah gi..
ayah ngan ibu aku bgtau..
dorg ckp kalo lalat jtuh dlm air kta..
rndam dia skali pastu buang..~
Back to top Go down
http://www.friendster.com/paan1904
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
crescent


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 37
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

Lalat - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya Empty
PostSubject: Re: Lalat - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya   Lalat - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya Icon_minitimeWed Aug 20, 2008 4:27 pm

tapikan..
klo aku trus da xmo minum..hahaha
Back to top Go down
http://crescentstuff.blogspot.com/
paan1904
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
paan1904


Female Post : 2527
Birthday : 19/04/1987
Age : 37
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE
Batch : JANUARY 2007
Registered : 15/06/2008

Lalat - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya Empty
PostSubject: Re: Lalat - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya   Lalat - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya Icon_minitimeWed Aug 20, 2008 4:30 pm

aku pun...buang trus air tu..
amik air lain..
tp kalo da xde air..
mgkin aku buat gitu la kot..
kalo x sbb darurat..xde nye aku senang ati nk minum air tu.. hee~
Back to top Go down
http://www.friendster.com/paan1904
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
crescent


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 37
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

Lalat - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya Empty
PostSubject: Re: Lalat - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya   Lalat - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya Icon_minitimeWed Aug 20, 2008 4:39 pm

cube ko bayangkan..
lalat 2 menjerit mintak tulun
'help! help! aku lemas!'
hahaha
Back to top Go down
http://crescentstuff.blogspot.com/
paan1904
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
paan1904


Female Post : 2527
Birthday : 19/04/1987
Age : 37
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE
Batch : JANUARY 2007
Registered : 15/06/2008

Lalat - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya Empty
PostSubject: Re: Lalat - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya   Lalat - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya Icon_minitimeWed Aug 20, 2008 4:50 pm

heheee....
lg la xsanggup aku nk melemaskan lalat tu...
heee~
Back to top Go down
http://www.friendster.com/paan1904
Sponsored content





Lalat - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya Empty
PostSubject: Re: Lalat - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya   Lalat - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya Icon_minitime

Back to top Go down
 
Lalat - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Berbekam - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya
» KHATAN DAN SAINS
» Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah
» HIKMAH PENGHARAMAN ARAK - bukti penemuan
» KELEBIHAN HABBATUS SAwDA? - bukti penemuan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Saintifik dan Fakta-
Jump to: