Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Portal v2HomeSearchLatest imagesMemberlistRegisterLog in

 

 KHATAN DAN SAINS

Go down 
2 posters
AuthorMessage
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
crescent


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 37
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

KHATAN DAN SAINS Empty
PostSubject: KHATAN DAN SAINS   KHATAN DAN SAINS Icon_minitimeWed Aug 20, 2008 4:06 pm

Khatan adalah ibadah yang dituntut oleh agama ke atas golongan lelaki. Berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, hadisnya berbunyi seperti berikut:

.الْفِطْرَةُ خَمْسٌ الِاخْتِتَانُ وَالِاسْتِحْدَادُ وَقَصُّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمُ الْأَظْفَارِ وَنَتْفُ الْإِبِطِ

Maksudnya: "Fitrah itu lima, iaitu khatan, memotong bulu kemaluan, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.”


Definisi Khatan.

Berkhatan ialah memotong selaput kulit (foreskin) yang menutupi kepala zakar lelaki (glans penis) atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan.

Berkhatan termasuk di antara amalan-amalan yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t terhadap hamba-Nya. Ia adalah sebagai pelengkap fitrah yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Khatan atau “bersunat” merupakan salah satu cara membersihkan alat sulit kerana zakar dan faraj merupakan tempat dimana pembiakan kuman-kuman yang boleh memudaratkan. Menurut Iman Shafie, Iman Malik dan al-Auzai serta lain-lain berkhatan atau bersunat ini merupakan wajib bagi seseorang yang bergelar Muslim. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa khatan wajib dilakukan ketika si anak hamper cukup umur atau akil baligh.
Mengkhatankan anak lelaki adalah wajib manakala mengkhatakan anak gadis adalah terpuji dan bukannya wajib. Pada hari ini, khatan juga dilakukan oleh mereka yang bukan muslim setelah mendapati faedah dan manfaatnya terhadap kesihatan.


Penemuan Faedah Khatan.

Di Amerika, Britain dan Australia, peratus bayi lelaki yang dikhatankan terus meningkat dari tahun ke tahun, iaitu sekitar tahun 1870 hingga 1970. Faktor utama yang menyebabkan peningkatan ini adalah kesihatan dan kebersihan. Namun setelah itu peratus ini menurun berpunca daripada satu kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh Akademi Pakar Kanak-kanak Amerika (TAAP) yang mengatakan tidak terdapat sebarang kajian yang membuktikan ianya mendatangkan manfaat kepada kesihatan. Walau bagaimana pun pada bulan Mac 1999, kenyataan ini dikaji semua dan kenyataan yang baru dikeluarkan. Kenyataan baru ini menafikannya kembali.

Web MD Medical News pada 6 Mac 2000 melaporkan bahawa Dr. Edgar J. Schoen pernah melakukan satu kajian bersama rakan-rakannya dan mendapati daripada 89 kes kanser zakar, 87 daripadanya adalah daripada kalangan lelaki yang tidak berkhatan. Justeru, mereka merumuskan, khatan mencegah lelaki daripada mengidap kanser zakar dan penemuan ini dimuatkan di dalam majalah Pediatrics.
Menurut Dr. Edgar J. Schoen lagi, luka yang sering berlaku di kulit penutup zakar semasa melakukan persetubuhan memudahkan lelaki yang tidak berkhatan dijangkiti kuman penyakit jangkitan seksual, terutamanya sifilis, chancroid dan genital herpes. Dr. Gerald Weiss pula menegaskan bahawa bahagian bawah kulit yang menutupi kepala zakar menjadi tempat takungan pelbagai jenis kuman. Tanpa khatan, kanak-kanak lelaki berisiko mengalami infeksi yang kadangkala mengeluarkan bau busuk yang tidak menyenangkan.
Back to top Go down
http://crescentstuff.blogspot.com/
paan1904
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
paan1904


Female Post : 2527
Birthday : 19/04/1987
Age : 37
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE
Batch : JANUARY 2007
Registered : 15/06/2008

KHATAN DAN SAINS Empty
PostSubject: Re: KHATAN DAN SAINS   KHATAN DAN SAINS Icon_minitimeWed Aug 20, 2008 4:14 pm

jadi...
berkhatan la demi kesejahteraan hidup anda..
Gelak:
Back to top Go down
http://www.friendster.com/paan1904
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
crescent


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 37
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

KHATAN DAN SAINS Empty
PostSubject: Re: KHATAN DAN SAINS   KHATAN DAN SAINS Icon_minitimeWed Aug 20, 2008 4:26 pm

aku de bace kat mane ntah
sbb diorg xmo berkhatan..
antara sbb dia ialah

1) islam mengajar mencederakan diri sendiri..? [-__-" buduh pny org..]
2) saket giler! [hehe tu aku xtaw laa..laki tulun jawab :p]
3) xpe kot x berkhatan..aku ade je anak ramai.. [-___-" kene baru taw..]
Back to top Go down
http://crescentstuff.blogspot.com/
paan1904
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
paan1904


Female Post : 2527
Birthday : 19/04/1987
Age : 37
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE
Batch : JANUARY 2007
Registered : 15/06/2008

KHATAN DAN SAINS Empty
PostSubject: Re: KHATAN DAN SAINS   KHATAN DAN SAINS Icon_minitimeWed Aug 20, 2008 4:36 pm

aiyoo...ade gak yg mcm tu ke..??
ish..ish...
Back to top Go down
http://www.friendster.com/paan1904
Sponsored content





KHATAN DAN SAINS Empty
PostSubject: Re: KHATAN DAN SAINS   KHATAN DAN SAINS Icon_minitime

Back to top Go down
 
KHATAN DAN SAINS
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah
» Lalat - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya
» Berbekam - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Saintifik dan Fakta-
Jump to: